Info Buah Pisang

loading...

Sunday 19 April 2015

Filled Under:

PELAJAR TINGKATAN DUA MAUT DIREMPUH MPV : INNALILLAH



MARAN - Seorang pelajar tingkatan dua meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 70 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur dekat Kampung Luit, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.31 petang itu, mangsa, Nursaidatul Syafikah Razmi mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan dihantar ke Klinik Maran.

Pemangku Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superitendan Mat Rizal Mat Radzi berkata, mangsa yang tinggal di Kampung Luit menunggang motosikal jenis Honda EX5 secara sendirian dan berada di bahu kiri jalan di laluan arah ke Kuantan.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa secara tiba-tiba dipercayai cuba menyeberangi jalan sebelum dirempuh sebuah MPV jenis Nissan Serena yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuantan.

“Sebelum berlaku rempuhan, pemandu MPV yang juga seorang tentera sempat membrek dan mengelak tetapi terlanggar juga bahagian sebelah kanan motosikal tersebut.

“Perlanggaran menyebabkan mangsa melambung ke atas bonet depan MPV dan terjatuh semula ke jalan.

“Mangsa merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Maran dan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Klinik Maran,” katanya.

Mat Rizal berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Jengka untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga dan jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Luit.

Menurutnya, siasatan di tempat kejadian mendapati laluan adalah jalan lurus, garisan tengah putus-putus dan keadaan cuaca baik.





0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...