Info Buah Pisang

loading...

Wednesday 29 April 2015

Filled Under:

HATI PEREMPUAN :: MIA AHMAD TOLAK ADEGAN PELUK KERANA .....

Mia Ahmad yang kini popular menerusi drama bersiri adaptasi novel, Hati Perempuan menegaskan beliau tidak akan menerima mana-mana watak yang menuntut beliau untuk berpelukan dengan pelakon lelaki. Mia tidak mahu masyarakat mengkritik dan menuduh beliau tidak menjaga sensitiviti sebagai seorang wanita yang bertudung.
Saya akan meneliti skrip yang diterima khususnya jika terdapat adegan berpegangan tangan atau perlu melakukan babak mesra dengan pelakon lelaki.
Sekiranya pihak produksi bersungguh-sungguh inginkan saya terlibat dalam karya mereka, perbincangan akan dibuat bagi mengetahui teknik kamera yang dilakukan.
Jelas Mia, beliau mendapat kerjasama yang baik daripada pengarah drama tersebut juga pengarah lain yang menghormati pendirian beliau. Malah, ada diantara mereka memberikan buah fikiran untuk mengelak daripada melakukan adengan bersentuhan dengan lelaki melainkan ia berlapik.
Mengakui pernah merasa sedikit risau jika tawaran lakonan berkurangan selepas berhijab, beliau akhirnya menarik nafas lega dan bersyukur kerana semakin lebat pula tawaran yang diterima, terutama sekali untuk watak wanita muslimah serta wanita bertudung.
Sebagai seorang wanita yang bertudung adalah lebih baik untuk tidak melakonkan aski berpeluk didalam drama kerana ia mampu mengundang fitnah. Kami tahu mungkin ada yang tidak berkenan dengan lakonan Mia Ahmad yang tidak nampak “hidup” tapi berilah peluang untuk beliau mengasah bakatnya.




0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...