Info Buah Pisang

loading...

Wednesday 29 April 2015

Filled Under:

MENARIK :: BIODATA MAWAR RASHID YANG MENGEJUTKAN ANDA. GST TAK TAHU. TAPI YANG LAIN TAHU =).HEHEHE

Siapa Mawar Rashid? Kenapa nama Mawar Rashid ni popular? Kenapa Trending Mawar Rashid ni popular?, iya mungkin sebelum ini masih ramai yang tidak mengenali siapakah insan yang bergelar Mawar Rashid. Mawar Rashid atau Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, yang berkelahiran di negeri Cik Siti Wan Kembang ni adalah retis yang dilahirkan dari laman sosial Keek, sebelum ini ramai yang dah jadi femes dek penangan medan sosial ni kalau dulu Bobo dengan aksi lembutnya, Syasya Solera dengan aksi “Macam cantik jer, Macam Comel jer..!!” dan masih ramai lagi seperti artis kelahiran youtube seperti Najwa Latif, Ainan Tasneem dan ramai telah dijadikan artis. Pada mulanya niat untuk memasukkan video dalam laman keek hanya sekadar suka-suka ini mendapat sambutan dan di kongsi pada laman-laman sosial yang lain sehingga aksi kelakar dan kreatifnya pada laman keek menjadi satu hiburan yang pastinya  membuat anda tergelak dan melihat telatah-telah yang dikongsikan.
So, kenapa dia popular sekarang?
Trending: #MawarRashid #MawarRashidGST #FinalisDewiRemaja #DewiRemaja #KarangKraf
Mawar Rashid adalah salah seorang peserta akhir Dewi Remaja 2015 dan kerana sebuah rakaman yang ditemuramah oleh wartawan HLive, Elly mengenai isu semasa GST yang tidak dapat dijawab olehnya walaupun telah membuat kajian, telah memberi kesan dan pandangan negatif peminat kepada Mawar Rashid. Rasanya wartawan Elly tak perlulah nak soal lebih-lebih kalau dah tahu Mawar Rashid tak dapat menjawabnya dengan betul, apa salahnya cuba “Back-up” dengan cuba menjawab atau memperbetulkan kesalahan yang dilakukan Si Mawar ni. Be profesional lah kan. Tiada manusia dilahirkan tanpa melakukan kesalahan.
Den tak mau cakap lebih-lebih, kang nanti tak pasal-pasal den kena komen. Den cuma nak bagi tanggapan yang positif jer dekat Mawar Rashid. Tapi kalau nak tau jugak kenapa dia tiba-tiba boleh naik femes, jom baca Mawar Rashid dan isu GST ni. Lebih panas lagi bila Shaarnaz Ahmad memberi komen sidiran pada Mawar Rashid. Tapi Mawar Rashid dah pun meminta maaf atas isu GST yang sebelum ni dia tidak ambil peduli. Cik Mawar.. lepas ni awak kena bersedia dan peka ye pasal isu-isu semasa dalam negeri, jadilah insan yang cantik mulus dan berpengetahuan yer. Bagi penulis, isu GST ni masih ramai lagi yang terpinga-pinga apa yang dikatakan GST walaupun perlaksanaanya dah dekat sebulan dibuat apa yang kita tahu walaupun sebelum ni kerajaan dah memberi jaminan yang GST ni takkan membebankan rakyat dan pasti harga akan turun selepas pelaksanaannya dengan menghapuskan SST, tapi semua maklum dan dah tahu kan. Erm..
mawar rashid
Mawar Rashid
Mawar Rashid
Kapsyen permohonan maaf Mawar Rashid berhubung isu GST
Berbalik kepada Mawar Rashid, berikut adalah sedikit info dan biodata dan laman sosialnya yang boleh anda semua ikuti,
Nama penuh: Wan Mawar Shaputri Binti Wan Abdul Rashid
Nama Popular: Mawar Rashid
Tarikh lahir: 3 April 1995
Umur: 20 tahun (2015)
Asal: Kelantan
Bakat: Modeling
Tinggi: 160 cm
Berat: 45 kg
Mawar rashid Instagram: https://instagram.com/mawarashid/
Mawar rashid Facebook: https://www.facebook.com/mawar.rashid.fans
Mawar rashid Twitter : https://twitter.com/mawarashid
Mawar rashid Keek : https://www.keek.com/profile/mawarashid
mawar rashid
mawar1
mawar3
mawar4
mawar5
mawar6


mawar12
mawar7




0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...