Info Buah Pisang

loading...

Friday 30 September 2016

"Tolong Hati-Hati BENDA ni !! Sebab Benda ni MARUAH aku HABIS, di Tandas Awam PETRONAS aku kena Macam ni, Malu keluarga aku !!"





"SAYA KANTOI MENIPU,SAYA BERJUANG UNTUK BANGSA !! TENGOK RAMAI DAH BERJAYA !"


Asalnya saya tidak bercadang untuk komen kerana Puan Hajah Yasmin, CEO Richworks telah bersuara mengenai isu ini sebelum ini. Tetapi di atas permintaan ramai inbox saya terima dari anak murid saya, saya kongsikan di sini perasaan saya.
Saya rasa sedih pun ada, rasa kecewa pun ada, rasa marah pun ada. Itulah yang saya rasa beberapahari ini bila ada pihak tidak bertanggungjawab yang membuat viral provokasi kononnya [Dr Azizan kantoi menipu] di laman media sosial beberapa hari ini. Jujurnya saya agak terperanjat bila diberitahu ada lagi percubaan orang yang cuba fitnah dan memburukkan nama saya sedangkan saya baru sahaja selesai mengadakan sesi perkongsian ilmu bagaimana membina hidup berjaya dunia akhirat dengan kembali kepada sunnah berniaga selama 3-hari di satu program bernama Intensif Jutawan Industri bersama lebih 4,300 orang, tak ada pula saya dapat komen saya menipu di dalam program yang saya ada di hadapan mereka?
Rupa-rupanya ia satu isu basi yang cuba di “spin” kan untuk menarik orang ke laman web mereka. Isu cik peserta ini sebenarnya adalah satu salah faham yang telah pihak CEO baru Richworks iaitu Hjh Yasmin telah selesaikan sebelum ini cuma kesilapan kami ialah tidak meminta cik peserta tersebut menurunkan posting tersebut tetapi beliau telah menjelaskan di FB beliau yang ianya telah selesai dengan baik di kedua-dua pihak. Saya kecewa bukanlah kerana nama saya di promosikan begitu rupa, tetapi saya kecewa dengan sikap segelintir masyarakat saya yang mempunyai daya pemikiran yang sangat cetek. Saya mungkin dituduh menipu oleh 1 atau 2 orang dan boleh sembunyi daripada apatah lagi 4,000 lebih peserta yang hadir live bersama saya siang malam? Saya memperjuangkan agar bangsa saya bangkit membina kekuatan ekonomi dan kembali menguasai perniagaan serta membina tahap kewangan yang membuatkan kita mampu berzakat dan bersedekah dengan banyak. Salahkah saya? Jika anda tidak suka saya, sesi seminar saya bukan untuk anda tetapi buat mereka yang mahu memperbaiki tahap hidup mereka. Kita bangsa yang banyak hutang, banyak masalah moral, banyak persengketaan politik serta langsung tidak ada kekuatan ekonomi. Bila lagi kita mahu bangkit??
Nasihat saya kepada mereka, bertaubatlah jika anda muslim. Setiap perkara baik yang kita lakukan, malaikat catit dan pasti Allah swt balas, begitulah sebaliknya. Hidup ini tidak lama dan kita perlu menempuh kematian, alam barzah dan pertimbangan serta keadilan di Mahsyar nanti. Saya doakan hidayah buat mereka ini dan mereka yang terlibat menyebarkannya. Kesian sebenarnya kan? #DrAzizanOsman


VIDEO : LUAHAN CHE TA PERHABIS DUIT PERGI KELAS DR AZIZAN. LUAHAN JUJUR DARI CHE TA MEMBUKA MATA RAKYAT MALAYSIA




Tuesday 20 September 2016

Astagfirullah!! Pengakuan Dari Seorang "Pak Haji" Diajak 'Main' Oleh Seorang Wanita Yang Sudah Mempunyai Suami Dan Anak.



BERCERITA hal ke luar negara, bila-bila pun pasti akan menghangatkan perbualan. Bagi orang perempuan, hangatnya adalah berkait dengan kegilaan semula jadi mereka - membeli-belah. Bagi lelaki, lain pula kesukaannya.

Orang lelaki paling gemar bercerita hal wanita apabila menyentuh topik kunjungan ke luar negara. Tak kira siapa. Seorang kawan saya yang selalu ke masjid, pun sangat suka bercerita topik ini. Tetapi ceritanya tidaklah macam geng hidung belang.Tersangat geli hati saya apabila mendengar dia bercerita hal wanita pelayan rumah makan di Indonesia yang katanya, jari mereka runcing-runcing belaka.

Sambil itu, dia turut menggayakan cara mereka menyenduk makanan yang menurutnya, tersangatlah indah dipandang! "Yang datang ke sini, jangan kira. Itu dari pulau-pulau. Nak tengok rupa sebenar perempuan Indonesia, jom pergi sana. Kita pergi Bandung, Jakarta atau Surabaya. Yang berselisih di jalan saja pun, kalau kat sini dah boleh jadi film star," katanya.

Seorang lagi kawan, lain pula ceritanya. Tatkala kawan yang tadi bersungguh-sungguh bercerita hal kecantikan wanita seberang, dia pula galak menempelak. "Ah! Mana adalah... yang aku nampak semua gemuk-gemuk je. Tak cantik langsung. Bedaah la haji ni," katanya. Kami yang mengelilingi meja warung tengah malam itu terbahak-bahak ketawa. Seorang kata cantik, yang seorang lagi kata tidak.

Memang, kedua-duanya dari kelompok yang suka melancong ke luar negara dalam pakej eksklusif untuk lelaki sahaja. Jadi, tidak boleh mudah buat kesimpulan bahawa rakan yang mengatakan wanita Indonesia gemuk-gemuk belaka itu jujur dalam kenyataannya. Itu mungkin hanya ayat pelindung!

Akhirnya setelah puas mereka bertekak, baharulah rakan ini mengatakan, dia mungkin sudah kena 'mandrem' dengan isterinya. "Aku teringat, setiap kali aku nak ke sana, bini aku selalu kata, mata tu jaga ye bang!" "Ayat tu dia tak pernah tinggal.

Mungkin juga dia ada 'mandrem' semua perempuan yang aku tengok di sana, aku nampak gemuk-gemuk belaka," katanya langsung mengundang ketawa kami jadi lebih kuat tengah malam itu.

Sekarang memang ramai orang kita yang berulang alik ke negara jiran, naik kapal terbang sudah macam keluar ke pekan. Penerbangan ke beberapa bandar di Indonesia dari KL sudah ada seawal jam 6 pagi. Pukul 8 sudah boleh sarapan di sana. Selesai urusan, petang sudah ada di KL semula. Bukan Indonesia sahaja, ke Vietnam, pun sama.

Sebab itu, antara urusan yang masyhur bagi lelaki di negara jiran ini selain wanitanya, adalah untuk tempah sut yang harganya berkali ganda lebih murah dari di negara kita. RM300 sudah boleh dapat sepasang sut yang tempahannya boleh siap dalam masa sehari.

Ada juga tukang jahit di sana yang simpan rekod ukuran kita untuk ditempah lagi pada bila-bila masa tanpa perlu ke sana. Dengan hanya merujuk rekod yang ada, tempahan disiapkan dan dihantar terus kepada kita melalui pos. Demikianlah cara mereka berniaga yang sekali gus membuatkan saya berasa hairan, mengapalah di negara kita sepasang sut teramat mahal harganya? Paling murah pun RM1,600.

Bercerita hal Indonesia, teringat cerita seorang ustaz perihal geng masjid di negara kita yang buat lawatan ke negara jiran itu. Ketika mereka sedang berehat di hotel, datang seorang lelaki bertanya: "Pak, apa bapak mau masjid?"

Mereka langsung mengiakan ajakan itu. Elok jugalah, boleh buat solat sunat tahiyat masjid dan tengok orang setempat berjemaah. Lalu lelaki itu minta mereka tunggu di kamar kerana katanya, nanti akan ada orang datang ajak mereka ke masjid. Tidak berapa lama menunggu, pintu bilik mereka diketuk. Sebaik dibuka, alangkah terkejut mereka masing-masing kerana yang mengetuk adalah wanita yang hampir tidak berpakaian. Sedikit sangat tutupnya.

Wanita itu pula pantas menarik tangan mereka masuk ke bilik, lalu menutup pintu. Kecohlah jadinya apabila wanita itu dihalau keluar!

Mereka pun mengadu kepada si penjaga. Apabila lelaki itu datang, dia bertanya: "Bapak-bapak, kenapa jadi ribut ya? Tadi bapak sendiri bilang mau masjid!"

"Tak ribut apanya, tadi awak ajak kami ke masjid. Tahu-tahu, mereka ni yang datang, masjid apa ke jadahnya?" kata ahli geng masjid itu. "Ya pak, emangnya masjit ya pak, massage sama pijit (picit), masjit. Saya nggak ngajakin bapak ke masjid tempatnya solat itu ya pak!"


Akibat Terlalu Besar Buah Dada Dan Punggung Wanita Ini Melakukan Perkara Yang Tidak Disangka Sehingga Tersepit Antara Dua Bongkah Batu.



Mudanjiang: Seorang wanita berjaya diselamatkan oleh anggota bomba selepas tersepit antara dua bongkah batu selepas gagal meloloskan dirinya.Kejadian berlaku setelah wanita itu tersepit kerana punggung dan payudaranya tidak dapat melepasi ruang antara bongkah batu itu.




Senario menakutkan itu seakan satu adegan dalam filem ‘127 Hours’ berdasarkan kisah benar mengenai seorang pendaki, Aron Ralston yang lengannya tersepit di celah lubang sempit di Blue John Canyon, Utah, pada April 2003.

Watak yang dimainkan oleh James Franco dalam filem adaptasi Danny Boyle itu menceritakan bagaimana dia jatuh ke dalam gaung selama 127 jam selepas meneroka sebuah kawasan terpencil.Kerana takut mati keseorangan, Ralston memotong tangannya dengan pisau untuk membolehkan dia melepaskan diri.

Bagaimanapun, nasib wanita yang tersepit itu tidak mempunyai kesudahan yang sama kerana dia diselamatkan oleh 12 anggota bomba. - Agensi


SENTAP Mira Filzah Yang Bertudung Dikritik Pengguna Media Sosial Apabila Memuat Naik Videonya Menari Bersama Seorang Lelaki. Klik Untuk Menonton Videonya


KUALA LUMPUR, 20 Sept — Penampilan wanita bertudung tidak terjejas dengan menari Hindustan yang tidak keterlaluan, kata pelakon Mira Filzah.
Mira, nama popular Nur Amirah Filzah Badioezaman berkata, video tariannya yang dimuat naik di media sosial juga tidak melanggar batas-batas seorang muslimah.
“Saya memang minat lagu-lagu Hindustan sejak kecil lagi, keluarga saya tahu tentang itu. Cuma pada pandangan netizen ia tidak sesuai kerana saya bertudung.
“Selagi saya rasa ia tidak keterlaluan dan saya tahu batasnya tiada masalah,” katanya seperti dilaporkan Mstar.
ProjekMMO pada Julai melaporkan Mira dikritik hebat pengguna media sosial gara-gara galak menari rentak lagu Hindustan menerusi satu video yang dimuat naik di internet.
Video 50 saat itu memaparkan Mira, rancak menari bersama lelaki yang berada di belakang kereta yang dipandu seorang wanita.
Dimuat naik di Facebook portal Rotikaya, rata-rata berpandangan pelakon drama Cinta Si Wedding Planner itu “sudah berubah” selepas lebih dikenali berbanding dahulu mula terlibat dalam dunia seni.
Mira, 23, berkata walaupun dirinya menonjol di media sosial namun hal berkaitan keluarga tidak harus dilibatkan.
Katanya, walaupun dirinya sedia dikritik namun tidak pada ahli keluarga yang hanya akan mengundang rasa sedih.
“Saya cukup berhati-hati untuk berkongsi sesuatu di laman sosial kerana saya tidak mahu ibu saya rasa sedih. Saya tidak mahu keluarga terkena tempiasnya.
“Kalau mereka kritik tentang saya tidak mengapa kerana saya sudah biasa dan tahu tentang industri,” dia dilaporkan berkata.


"Apa Yang Noh Hujan Ceritakan Dalam Slot Motivasi Diri Memberikan Impak Yang Besar Buat Semua Wanita2 Islam Seluruh Malaysia" Kata Salah Seorang Peminat Noh Dari Laman Facebooknya Tapi....



"saya tak berpeluang belajar di ipta.. tamat spm, saya memilih untuk cebur bidang nyanyian.. rezeki iku musim..ada permintaan,ada duit..ada hari,hanya makan nasik lemak pagi.. tengahari dan malam " berpuasa" .. pernah pinangan ditolak..sebab takda duit..kemudian niat dalam hati."ya Allah aku x kutip harta yg haram,aku nyanyi sekadar utk cari rezeki halal,aku tidak buat benda² haram,mudahkanlah urusan aku"..kemudian Allah bukak pintu rezeki..masih merangkak.. kemudian saya berjumpak misz nina,.saya pinang dia..alhamdulillah dia tak tolak padahal dia orang hebat,anak org hebat..dalam poket hanya ada 8ribu genap.sya ulang, 8ribu genap sahaja dalam akaun utk menikah..saya katakan pada Nina,

"girl,if u want to marry me, I'm a nothing .. I have nothing .. I could not promise wealth, but If you looking for someone to take cara of you, be the real husband, guide you to Allah, inshaAllah I'm able to do it" .. dan Nina terima..
sekarang alhamdulillah, dari niat yg baik, dan niat Nina yg baik, menikah dgn saya hanya utk kenal Allah, Nina berubah.. berhijab, sudah tidak make up,baju nya semua besar2 , dia reject semua konsert, tinggalkan dunia nyanyian..


semuanya, LILLAHITA'ALAA.. so ladies,if you found a man who can increase you level of iman and taqwa and through him ,he guides you to practise islam,do not let him go,marry him
Noh hujan-


Ramai Netizen Bertanya "Kenapa perlu dikebumikan di luar Malaysia?". Akhirnya Anak Kepada Allahyarham Datuk Dr Haron Din Menjawap Semua Persoalan.



Pesanan Allahyarham Datuk Dr Haron Din yang mahu dikebumikan di tempat menghembuskan nafas terakhir, membuatkan keluarganya memutuskan pengebumian jenazah Mursyidul Am PAS itu di California, Amerika Syarikat.

Anaknya, Dr Huda Haron berkata, tempoh panjang iaitu tujuh hari yang diperlukan bagi melengkapkan urusan membawa pulang jenazah ke tanah air turut mendorong keputusan itu. "Semasa hayat baba, teringat suatu ketika nak bawa mayat dari Kuala Lumpur ke Perlis pun baba takkan izin. Inikan pula berjam-jam malah berhari-hari dalam peti ais. 

Pulak tu perlu melalui embalm (pengawetan) yang pastinya menyeksakan segenap urat saraf. "Walaupun ramai yang menghulurkan bantuan untuk urusan dibawa pulang, tapi jangka masa tujuh hari suatu yang tidak dapat kami terima untuk biarkan baba tanpa penghormatan dan kemuliaan yang sepatutnya," katanya. 

Penjelasan itu dilakukannya menerusi entri ke akaun Facebook milik Tuan Guru Dato' Dr Haron Din (Official) kira-kira jam 8.30 pagi, semalam. 

Mohon maaf kepada semua Dalam nukilan panjang lebar penuh emosi dari California itu, Dr Huda berkali-kali memohon maaf kepada keluarga, pelajar bapanya, sahabat dan kepemimpinan tanah air atas keputusan keluarganya mengebumikan Allahyarham di luar negara. Keluarga pendakwah dan tokoh perubatan Islam itu turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan atas bantuan dan usaha dihulurkan, termasuk tawaran menyediakan pesawat persendirian, yang disifatkan mereka amat menyentuh perasaan.
 
"Kami menghargai usaha pihak kerajaan, terutama (Timbalan Perdana Menteri) Datuk Seri (Dr Ahmad) Zahid Hamidi yang bersusah payah membantu aturkan pesawat persendirian. "Terima kasih. Sangat kami hargai dan tersentuh. Kami sekeluarga merakamkan penghargaan atas keprihatinan Datuk Seri yang bersusah payah bertanya khabar dan menelefon sendiri mama," katanya. Haron, 76, meninggal dunia di Hospital Stanford, San Francisco, pada jam 10.10 pagi Jumaat lalu waktu Malaysia, akibat komplikasi jantung. Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Five Pillars Farm Livermore, California.


INNALILLAH. Gambar Berikut Menunjukkan Satu Kemalangan Menyebabkan Seorang Murid Meninggal Sebelum Masuk Ke Sekolah Di Paka Hari Ini


DUNGUN: Seorang murid Tahun Empat Sekolah Kebangsaan Santong Paka, maut selepas dilanggar sebuah kereta di Kilometer 7.8, Jalan Paka-Bandar Al Muktaffi Billah Shah (AMBS), dekat Paka, pagi ini. 


Nahas berlaku ketika Muhamad Syamil Harun, 10, yang tinggal di Kampung Santong dipercayai melintas jalan di depan sekolahnya, pada jam 7.10 pagi, selepas dikatakan turun dari kenderaan bapanya yang berhenti di seberang jalan. 


Ketika melintas, sebuah kereta yang dipandu seorang wanita dari arah Santong ke Paka gagal mengelak sebelum merempuh mangsa. Mangsa yang berpakaian baju pengakap parah di kepala, meninggal di tempat kejadian. 

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahkan kejadian. Katanya, jenazah mangsa dibawa ke Hospital Dungun untuk siasatan lanjut.

Sumber : BHarian


Monday 19 September 2016

Cerita Pelik. Geli Kalau Tengok Gambar Ini. Wanita Pelik Menternak Lipas Dan Menganggap Seperti Anak Sendiri Dan Menggunakan Lipas Sebagai 1 Bisnes Yang Menguntungkan



Guangzhou: Seorang wanita warga Guangdong mendedikasikan hidupnya dengan menternak 100,000 lipas dan menganggap serangga itu anaknya.Pembiakan lipas untuk tujuan perubatan dan kosmetik adalah antara industri yang berkembang pesat di China ketika ini.Tetapi tiada siapa yang begitu tekun seperti Yuan Meixia, 37, yang menjadi terkenal di Guangdonag kerana mempunyai lebih 100,000 lipas.


Dia memelihara lipas iaitu di sebuah rumah lama berhampiran hutan berhampiran hutan di kampungnya.“Lipas yang sering anda dilihat ialah Blattella Germanica, tetapi baka yang saya biak ialah Periplaneta Americana.“Ia penggemar makanan kanji dan manisan,” katanya.LIPAS yang diternak hanya memakan manisan dan makanan berkanji.

Bahagian siling dan dinding rumah lipas itu ditutup dengan konkrit. Ketika cuaca panas terik, Yuan menyejukkan suhu dengan menyiram air pada dinding rumah berkenaan. Apabila keadaan terlalu sejuk, dia memanaskan bilik itu menggunakan api dapur.“Lipas paling aktif pada waktu malam. Ia akan mencari makanan dan pasangan,” katanya.

Yuan menyediakan makanan untuk serangga itu dan mengasingkan anak dengan lipas dewasa, kemudian meletakkan mereka ke dalam kotak serta papan kayu pada jam 6 petang setiap hari.Menurut Yuan, lipas akan mula mengawan selepas makan dan lipas jantan mati sejurus selepas itu.Selain membiak lipas, Yuan mempunyai kerja tetap sebagai kerani farmasi.

“Tahun lalu, saya menonton program mengenai seorang wanita di wilayah Anhui yang membiak lipas untuk tujuan perubatan. “Saya menghabiskan ribuan yuan selama seminggu di sana untuk belajar memberi lipas makan. Saya juga menghabiskan 10,000 yuan (RM5,200) untuk membeli telurnya. Sekarang saya mempunyai 100,000 lipas dan menternaknya adalah tugas kedua saya,” katanya.

Yuan berkata, setelah lipas dewasa, ia akan melemaskannya di dalam air, mengering dan membungkusnya ke dalam plastik sebelum menjualnya di kilang farmasi di Anhui. - Agensi



TERKINI! Wajib Baca. Berikut Merupakan Senarai Terkini Makanan Kegemaran Rakyat Malaysia Yang Haram Dibeli Oleh Umat Islam Yang Terdapat Di Malaysia .



SENARAI MAKANAN YANG MENGANDUNGI UNSUR BABI.Kepada umat islam perkara ini sangat penting kerana ia adalah haram dan berdosa

Diantara barangan yang ditegah umat Muslim memakannya kehalalannya diragui

Babi SUDAH JELAS HARAMNYA PERHATIAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM RISALAH INI DIEDARKAN OLEH DR. RASHEED MOS,UNIVERSITI MALAYA KL, PERSATUAN PENGGUNA MALAYSIA , MAJLIS AGAMA ISLAM MALAYSIA & JABATAN KASTAM MALAYSIA. KAJIAN TELAH DIBUAT OLEH MAHASISWA UTM, UUM, USM, UM, UKM, & CAP.

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK ****
> 1. Minyak Masak LAM SOON ( Cap Helang & Buruh )
> 2. Ubat Pearl Cream Arche ( Thailand )
> 3. Ajinomoto ( Thailand )
> 4. Ais Krim Harga RM1.00 ke atas
> 5. Semua tauhu buatan Orang Cina
> 6. Sabun LUX & Lotion Badan Buatan Malaysia , USA , & Thailand
> 7. Sabun FAB berbuku
> 8. Lobak Jeruk
> 9. Mee & Kueteow basah ( buatan Cina)
> 10. Krim Muka Hazeline Snow

SENARAI BARANG YG MENGANDUNGI ( KULIT ****, URI & BINATANG YANG TIDAK HALAL)
> 1. Semua Jenis Serbuk Mee Segera Terutama Maggi
> 2. Pucuk , Kulit Popia, Fish Cake & Bebola Ikan buatan Orang Cina
> 3. Daging Burger Import
> 4.. Sardin, Kari Ayam dlm tin & Yong Taufu buatan Orang Cina
> 5. Kasut Bola Jenis ‘ Gold Cup’
> 6. Berus Gigi Jenis ‘ Reach’
> 7. Mee Kering ( sanggol ) 15.Mee Rebus Tulang&Kiub Perasa Ayam
> 8. Semua sabun mandi yang diimport
> 9. Ajinomoto kecuali keluaran Kilang Lot 5710 Jalan Kuchai Lama KL
> 10. Semua jenis shampoo kecuali keluaran Orang Islam
> 11. Have Pearl Cream
> 12. Ramuan Kentucky Fried Chicken & Mc Donald
> 13. Ubat Kurap buatan Org Cina
> 14.. Beehon Segera Siam
> 16. Sabun Mandi Yang Berminyak

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI GELATIN ( LEMAK **** DAN BINATANG TIDAK HALAL )
> 1. Bosset Wine Gum
> 2. Dairy Milk Coklat
> 3. Coklat Cadbury/ Chewing Gum
> 4. Sugus Strawberry
> 5. Passer Doily Mixture
> 6. Trebo Mint Chewing Gum/ Peppermint
> 7. Scothes Vikmin
> 8. Share Extra Atrenght
> 9. Black Current Jelly
> 10. Royal Gulaman & Decart Oranges
> 11. Valvis Gelatin
> 12. Sarung Kapsul Ubat
> 13. Ais Krim dalam bekas plastik
> 14. Gula-gula Fruities
> 15 Cake Mets Vilber Punch
> 16 Coklat Cake
> 17 Tepung Kastard Lady’s Choice
> 18 Semua jenis Jelly
> 19 Semua jenis gincu bibir
> 20 Keseluruhan Jenis Sheisedo
> 21 Lady’s Choice Jelly.

Team Kuasa100

> SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI ALKOHOL UNSUR-UNSURNYA
> 1 BARANGAN AVON KESELURUHANNYA
> 2 PEWANGI KETIAK TERUTAMA JENAMA VITALIS & CONCORD
> 3 MINYAK RAMBUT BRYLCREAM ( HIJAU )
> 4 RACUN SERANGGA JENIS SPRAY SEPERTI SHELTOX, BAYGON & MORTIN
> 5 SELURUH UBAT BATUK JENIS SIRAP
> 6 KESELURUHAN BALL PEN DAKWAT KERING
> 7 TONIK BAYI GRAPE WATER, TONIK WATERBERRY COMPOUND

Kami dalam keresahan memohon ampun dan maaf terlewat memberutahu perkara di atas. Pastikan Pakaian anda tidak terkena bahan-bahan diatas terutama pakaian sembahyang. TOLONG CETAK DAN EDARKAN RISALAH INI KPD SEMUA SAUDARA ISLAM KITA.

Confirm – Pringles Potato Chips – tidak HALAL !!

AMARAN OLEH KERAJAAN M’SIA BERHATI-HATI SEBELUM MAKAN!

Ref. Message: Pringles Potato Chips

Looks like you have to find another alternative to munch.
Just to let you and gang know…….. I have checked. It’s true that the chips contain Emulsifier.

Dr Safurah Hj Jaafar ;
Principal Assistant Director;
Ministry of Health , Malaysia ;
Tel: 03-2540088.

TOP URGENT…….. PLS FORWARD TO OUR MUSLIM FRIENDS… Forward
this to your pork-free muslim friends. Beware of what ou eat.

Cuma disini admin rasa agak pelik ada juga senarai produk diatas ada logo halal namun mengapa ada unsur babi? apapun anda tentukan sendiri.samada mahu beli atau tidak.



SUBHANALLAH! Susah Nak Percaya Kalau Tengok. Ramai Yang Tidak Tahu Apa Petanda Sebelum Berlakunya Banjir Di Pantai Remis Semalam. Gambar Ini Membuktikan Kekuasaan Allah Sebelum Banjir




SHAH ALAM: Jumlah mangsa banjir di kawasan pesisir pantai Selangor meningkat dari 136 kepada 224, sejak malam tadi. Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul, berkata tiga pusat pemindahan dibuka di negeri ini iaitu di Kampung Tok Muda, Kapar (152 mangsa); Kampung Tok Adam, Tanjong Karang (15 mangsa) dan Kampung Sungai Air Tawar, Sabak Bernam, 57 mangsa. 





"Beberapa kawasan lain turut terjejas tetapi tiada pemindahan dijalankan. Kawasan berkenaan ialah Kampung Sungai Pinang, Pulau Indah, Jalan Klang-Banting, Pendamaran, Taman Selat Damai, Pelabuhan Klang, Bagan Pasir Penambang, Tebuk Mendeleng dan Sungai Lang. 





"Seramai 52 keluarga terbabit dengan pemindahan hingga jam 8 pagi ini," katanya sambil menambah dua lagi daerah iaitu di Sepang dan Kuala Langat, tidak mengalami limpahan air laut.
 SUMBER BERITA HARIAN




Thursday 15 September 2016

SUBHANALLAH: Kisah Ustaz Harun Din Tumpaskan Mubaligh Kristian Angkuh & Sombong. Kisah yang tak pernah Orang Islam Ambil Tahu. dan besar implikasinya terhadap Islam.



Lelaki India berbadan tegap itu menghempaskan dirinya ke atas sofa di ruang tamu rumahnya di Petaling Jaya. Hari ini, dia rasa terlalu letih. Pelanggan yang datang ke bank tempatnya bekerja hari ini, luar biasa ramainya. Dia cuma sempat berhenti rehat sewaktu makan tengah hari sahaja. Selepas itu, dia kembali sibuk melayan pelanggan sehinggalah habis waktu pejabat.

Lelaki itu menghidupkan TV 29 inci yang baru dibelinya tidak sampai dua bulan dengan remote yang berada di tangannya. Ditukarnya satu per satu siaran televisyen, TV3, TV2, semuanya sama. Tidak ada apa yang menarik. Bosan!. Dia menukar pula kepada siaran TV1.

Kebetulan ketika itu, rancangan Forum Perdana Ehwal Islam sedang berlangsung. Salah seorang ahli panelnya ialah ulama terkenal, Dato' Dr. Haron Din.

Biarpun dia bukan seorang Muslim, rancangan Forum Perdana Ehwal Islam bukanlah asing baginya. Selalu juga dia menonton rancangan tersebut. Malah, dia juga tahu sedikit sebanyak tentang ajaran Islam melalui rancangan tersebut. Lagipun, dia suka melihat kepetahan ahli panel itu memberi ceramah dalam bahasa Melayu, secara tidak langsung, dia boleh belajar bertutur dalam bahasa Melayu dengan lebih baik.

Sedang asyik mengikuti perbincang-an itu, tiba-tiba, lelaki tersebut tersentak apabila mendengar Haron Din mengatakan: "Bandingan segala kebaikan amal dan usaha orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhannya ialah seperti abu yang diterbangkan angin pada hari ribut yang kencang, mereka tidak memperoleh sesuatu faedah pun daripada apa yang mereka telah usahakan itu. Amalan itu menjadi sia-sia akibat mereka sebenarnya berada dalam kesesatan yang jauh daripada kebenaran."
Mendengar kata-kata Haron Din, darah lelaki India itu menyirap. Perasaan marah menyelinap masuk ke dalam hatinya. Mana boleh! Itu tidak adil! Takkan Tuhan hanya menerima kebaikan orang Islam sahaja? Bagaimana dengan kebaikan yang dilakukan oleh orang bukan Islam?

Bahkan, sepanjang hidupnya, dia melihat banyak kebaikan yang dilakukan oleh orang bukan Islam, dan ada kalanya, melebihi daripada Kebaikan yang pernah dilakukan oleh orang Islam itu sendiri. Apakah segala kebaikan itu tidak diterima? Dia mula menganggap, ajaran Islam mengamalkan sikap kasta. Jika begitu ajaran Islam, bermakna ia double standard.

Rasa tidak puas hati terus menyelubungi fikiran lelaki tersebut. Lelaki India itu akhirnya bertekad untuk ber-jumpa dengan Haron Din. Dia ingin berdebat dengan ulama tersebut. Pada fikirannya, mana boleh seorang ulama mengeluarkan kenyataan yang tidak adil seperti itu, dan boleh menyentuh perasaan orang bukan Islam di negara ini seperti dirinya. Apatah lagi ia dilakukan secara terbuka di kaca TV. 

Lelaki itu tahu, Haron Din bukanlah calang-calang orang, tetapi dia tidak peduli. Dia tetap mahu berjumpa dengan ulama tersebut dan mesti mencari jalan bagaimana untuk bertemu dengannya.Setelah beberapa bulan memendam niat untuk bertemu Haron Din akhirnya hasrat itu tercapai. Melalui seorang pelanggan yang dikenali ketika berurusan di bank tempatnya bekerja, lelaki itu dibawa bertemu dengan Haron Din di sebuah rumah seorang ahli perniagaan di Petaling Jaya. Haron Din mengadakan usrah di rumah ahli perniagaan tersebut pada hari Khamis malam Jumaat, seminggu sekali.

Ketika sampai di rumah ahli perniagaan tersebut, kuliah baru saja bermula. Di hadapan lebih 20 orang jemaah, kelihatan Haron Din duduk bersila sambil memegang sebuah kitab. Kebetulan pada malam itu, Haron Din mengajar tentang bab syirik. Bila ternampak muka Haron Din, hatinya menjadi panas. 
Lelaki itu membulatkan tekad, selepas tamat kuliah, dia mahu berjumpa dengan Haron Din. Dia mahu mengajak Haron Din berdebat. Lelaki itu memang betul-betul tidak berpuas hati dengan kenyataan Haron Din di dalam Forum Perdana. Ia masih terngiang-ngiang di telinganya biarpun sudah beberapa bulan berlalu.

Namun, tidak disangka-sangka, segala yang dirancangnya tidak menjadi. Perasaan marah dan bengang yang bersarang dalam dirinya selama beberapa bulan itu mula surut apabila dia duduk mendengar kuliah yang disampaikan oleh ulama tersebut.

Setelah tamat kuliah yang diberikan Haron Din, lebih kurang dua jam selepas itu, semangatnya yang tadi berkobar-kobar mahu berdebat dengan ulama tersebut, kian kendur. Rupa-rupanya, dalam diam, dia mengakui, cara penyampaian, serta kupasan Haron Din yang begitu terperinci dalam bab-bab syirik, membuatkan dia rasa amat terpegun.

Sebelum ini, lelaki India itu tidak pernah mendengar penjelasan mengenai Islam dan ketuhanan seperti yang didengarnya pada malam itu. Biarpun hati lelaki berkenaan sudah mula mahu akur pada kebenaran Islam, namun egonya masih menebal. Lelaki ini memperingatkan dirinya, kedatangannya pada malam itu bukan untuk terpengaruh dengan kata-kata Haron Din, tetapi untuk mengajak ulama itu berdebat dengannya.

Akhirnya dia memutuskan untuk menangguhkan hasrat berdebat dengan Haron Din. Bukan tidak berani, tetapi sebenarnya pada malam itu segala persepsi buruknya terhadap Haron Din dan Islam telah mula berubah.

Pun demikian, lelaki itu tidak mahu mengalah dengan perasaannya. Ego yang ada dalam dirinya mengaburi kewarasan akalnya. Misinya berjumpa dengan Haron Din ialah untuk menyatakan apa yang dikatakan oleh ulama tersebut dalam Forum Perdana adalah tidak adil. Tidak lebih daripada itu.
Dan yang paling penting, tujuan dia bertemu ulama tersebut bukanlah untuk mengakui kebenaran Islam. Lelaki itu membuat perancangan sendiri. Dia akan terus mengikuti kuliah Haron Din di situ, agar dia lebih faham tentang Islam dan senang nanti untuk dia berhujah dengan ulama tersebut kelak.
Selepas itu, pada setiap malam Jumaat, lelaki berkenaan menghadiri kuliah Haron Din. Kali ini dia pergi seorang diri. Tetapi 'masalahnya' semakin lama mengikuti usrah Haron Din, semakin jelas dilihatnya kebenaran Islam. Lama-kelamaan, tujuan asal lelaki ini untuk berdebat dengan Haron Din dan mengatakan bahawa Islam agama yang double standard, bertukar menjadi sebaliknya. Setiap kali dia mengikuti usrah Haron Din, semakin hampir hatinya pada Islam. Islam itu dilihatnya tulus, lurus tanpa simpang-siur.

Niat asalnya untuk berdebat dengan Haron Din akhirnya terpadam begitu sahaja. Sebaliknya, hatinya menjadi semakin lembut dan lelaki India itu bertambah berminat untuk mengetahui tentang ajaran Islam dengan lebih mendalam.

Suatu hari ketika mengikuti usrah Haron Din di rumah ahli perniagaan tersebut, lelaki India itu mengambil peluang bertanyakan bermacam-macam soalan tentang Islam. Dia bertanya, mengapa perlu meninggalkan agamanya dan memeluk Islam? Bukankah semua agama itu sama. Bukankah Islam itu juga sama seperti agama lain, menyuruh membuat kebalkan dan meninggalkan kejahatan?
Dan yang paling penting, dia mahu tahu, kenapa Haron Din mengatakan hanya amalan orang Islam sahaja yang diterima Allah, dan amalan orang bukan Islam tidak diterima-Nya seperti yang disebut di dalam Forum Perdana Ehwal Islam tidak berapa lama dulu.

Haron Din tersenyum dan secara berkias beliau menjawab; " Untuk memudahkan saudara memahaminya, biar saya berikan contoh begini: kita adalah seorang hamba dan tuan kita memberikan kita sebidang tanah, cangkul, benih, baja dan segala kelengkapan yang lain untuk kita mengusahakan tanah tersebut.

"Tuan kita suruh kita usahakan tanah itu tetapi kita tidak berbuat seperti mana yang disuruh, sebaliknya kita mengusahakan tanah orang lain. Kemudian bila tiba di hujung bulan, kita datang kepada tuan kita untuk meminta upah. Saudara rasa, adakah tuan kita akan bagi upah sedangkan kita tidak lakukan apa yang disuruh, sebaliknya kita melakukan kerja untuk orang lain?

"Begitu jugalah simboliknya di dalam Islam. Jika kita melakukan kebajikan dan kebaikan, bukan kerana Allah, tetapi kerana sesuatu yang lain, contohnya kerana manusia, pangkat atau harta, apakah di akhirat nanti, Allah akan memberi balasan di atas amal perbuatan kita sedangkan semua amalan yang kita lakukan bukan untuk Dia?"

Ternyata segala jawapan dan hujah yang diberikan oleh Haron Din atas pertanyaannya itu, membuatkan dia mati akal. Begitu juga dengan setiap hujah dan persoalan yang cuba ditimbulkan lelaki itu dengan mudah dipatahkan oleh Haron Din dengan cara yang lembut dan bijaksana, tanpa sedikit pun menyinggung perasaannya sebagai orang bukan Islam.

Setelah empat minggu berturut-turut mengikuti kuliah yang diberikan oleh Haron Din, ego yang ada di dalam dirinya hancur dengan kebenaran Islam. Akhirnya hati lelaki itu terbuka untuk memeluk Islam. Enam bulan selepas itu, secara rasmi lelaki India tersebut memeluk Islam.

Dalam satu pertemuan empat mata dengan Haron Din setelah lelaki itu memeluk Islam, dia sempat bertanya mengapakah ulama tersebut mengeluarkan kenyataan seperti itu di kaca TV, sedangkan kenyataan itu boleh mengundang rasa tidak puas hati di kalangan bukan Islam, seperti apa yang dirasakannya.

Haron Din menjelaskan kepada lelaki India tersebut: "Memang kenyataan itu saya tujukan khusus untuk orang bukan Islam. Saya mahu orang bukan Islam berfikir tentang kehidupan, asal usul manusia dan kebenaran agama. Saya mendapat maklum balas, ramai di kalangan bukan Islam yang menonton rancangan itu. Jadi, sengaja saya bacakan ayat al-Quran itu agar mereka berfikir."

"Dan saya adalah di antara mereka yang terkena provokasi Haron Din itu. Biarpun pada peringkat awalnya saya bertemu beliau atas sebab tidak puas hati dengan kenyataannya, namun akhirnya, saya bersyukur, kerana ia menjadi penyebab yang membuatkan saya akhirnya menerima cahaya kebenaran Islam," jelas Mohammad Fitri Abdullah, 43, lelaki India yang dimaksudkan dalam cerita di atas.
Ketika Mastika menemuinya di pejabat Perkim bahagian Shah Alam di Masjid Negeri Shah Alam, Fitri berulang kali menyatakan betapa syukurnya dia mendapat hidayah biarpun pada mulanya dia langsung tidak terfikir untuk memeluk Islam.

"Seperti yang saya katakan, pada awalnya niat saya adalah untuk berdebat dan berbalah dengan Haron Din akibat rasa tidak puas hati terhadap kenyataannya itu. Tetapi, apabila saya mendengar penjelasan beliau, ego saya jatuh dan dalam diam-diam saya mengakui, saya bukanlah orang yang layak untuk berdebat dengan beliau," jelasnya.

Sebenarnya sebelum memeluk Islam, Fitri memang seorang yang taat terhadap agamanya. Dia bukan sekadar seorang pengikut yang taat, tetapi juga bergerak aktif dalam beberapa persatuan yang berteraskan agama yang dianutinya. Selain itu, dia turut mengajar di beberapa rumah ibadat di sekitar ibu kota. Biarpun kuat terhadap agamanya, namun jauh disudut hati, lelaki itu sering merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan agama yang dianutinya.

"Sebenarnya, agama tersebut juga mengajar pengikutnya untuk menyembah Tuhan yang satu. Di dalam kitab-kitab lama, itulah ajarannya. Tapi masalahnya, apa yang dilakukan oleh penganut agama tersebut berlainan daripada apa yang diajar di dalam kitab.

"Mereka tidak menyembah Tuhan yang satu, sebaliknya menyembah bermacam-macam Tuhan, selain dari Tuhan yang satu," tegas lelaki yang berasal dan Banting, Selangor ini. Lantaran itulah kata Fitri, hatinya sering berasa ragu dengan agama sendiri. Perasaan ini bukannya baru, malah timbul sejak dia berusia belasan tahun lagi. Dia melihat apa yang diajar di dalam kitab, dengan apa yang dipraktikkan oleh penganut agama lamanya, termasuk dirinya sendiri, ternyata bercanggah sama sekali.

"Tetapi apabila saya mendengar kuliah Haron Din, diam-diam saya mula sedar, saya memang berada dalam kesesatan yang nyata. Pertama kali mendengar ceramah beliau, sudah cukup untuk memberi kesedaran pada diri saya sekali gus berjaya mengubah pandangan saya terhadap Islam selama ini. Mungkin itulah kelebihan yang Allah berikan pada Haron Din," kata Fitri lagi.Kejadian itu sebenarnya telah pun berlalu hampir 15 tahun, namun cahaya iman yang menyerap ke dalam hatinya masih lagi sesegar dulu. Malah, dari hari ke hari semakin kukuh bertapak di dalam dirinya.

Jika dahulu Fitri seorang mubaligh yang aktif menyebarkan agama lamanya, kini Fitri masih tetap begitu. "Cuma bezanya, hari ini saya bergerak di atas landasan agama yang benar iaitu Islam. Saya cukup sedih bila mendengar ada saudara seagama saya, terutamanya di kalangan orang Melayu yang sanggup keluar dari Islam. Murtad.

"Hari ini, menjadi tanggungjawab saya untuk membantu mereka, memulihkan iman mereka, dengan pelbagai usaha dan cara, termasuk berkongsi pengalaman yang saya lalui sebelum ini.

"Ini adalah tuntutan wajib buat diri saya. Dengan kelebihan yang Allah anugerahkan kepada saya, saya perlu laksanakan amanah ini biarpun berat, sebagai usaha saya membantu menyemarakkan agama Allah di muka bumi yang bertuah ini," ujarnya bersungguh-sungguh mengakhiri pertemuan kami pada petang itu.



MARAH: NETIZEN BERANG APABILA GAMBAR SEORANG LELAKI TUA DAN SEORANG PEREMPUAN MUDA BERPELUKKAN HINGGA. ADAKAH INI YANG ISLAM AJARKAN. ASTAGFIRULLAH.

Seorang datuk yang sudah berusia 63 tahun menjadi bualan mulut netizen di Indonesia selepas dia mengahwini seorang gadis berusia 18 tahun.
Menurut portal tempatan Makassar, Harian Fajar, datuk itu yang dikenali sebagai Nasir, berkahwin dengan gadis pujaannya, Milawati pada Isnin lalu di Desa Suwa.
Nasir ketika ditemuramah oleh akhbar itu berkata, dia sudah berkahwin sebelum ini namun isterinya meninggal dunia pada Februari lalu akibat sesak nafas.
Menurutnya, sejak menduda, dia berhasrat untuk berkahwin lagi dan menginginkan bakal isteri yang masih dara.

Alhamdulillah, akhirnya doa saya dimakbulkan, katanya.
Nasir berkata, dia bertemu dengan Milawati sebanyak dua kali sebelum bertandang ke rumah gadis itu untuk meminang.
Bapa kepada Milawati, Nasaruddin, 48, berkata dia menerima lamaran Nasir selepas anaknya itu bersetuju.
Tiada paksaan dalam perkahwinan ini. Apabila kedua-duanya bersetuju saya hanya memberi restu, jelasnya.
Milawati berkata, biarpun jarak usia yang jauh, dia tiada masalah untuk berkahwin dengan Nasir.
Banyak orang yang menghina kami, tetapi inilah jodoh dan saya bahagia dengan kehidupan saya sekarang, katanya.


Sumber :Harian Metro


Anda Tahu Kedai DAISO? Tolonglah JANGAN BELI 10 BARANG ini di DAISO. Tengok Betul-betul barang di bawah. Kita dah lama tertipu. KALI ini JANGAN SAMPAI TERTIPU ! SEBARKAN pada semua Orang .


Kedai DAISO amat popular di semua shopping Complex di seluruh Malaysia. barang-barnag yang disediakan diimport dari Jepun dan agak pelik untuk rakyat Malaysia.

tetapi ada juga barang yang tidak sepatutnya anda beli ketika anda berada di Kedai DAISO . Gambar di bawah menunjukkan antara barang yang tidak berbaloi anda beli dan sesetengahnya kurang kualitinya. ini bukan paksaan cuma info yang harus anda ketahui. harap entri ini dapat membantu anda lebih bijak berbelanja ketika berada di kedai DAISO.

10 barang yang tidak sepatutnya anda beli di DAISO:: 


 fail kerja :: logikkah RM5? ang pikiaq la sendiqi.


 pengikat rambut :: logik kah rm5? tepuk dada tanya selera

 Minuman ringan : percayakah anda air soda begini anda boleh dapati pada harga RM2?


pembalut buku :: adakah logik pembalut buku berharga RM5? please go to nearly bookstore and surely you can find the cheap text wrapping, in addition, its more quality and cheaper than DAISO.


  Barangan dapur: kebanyakkan diperbuat dari plastik dan tidak berkualiti malah tidak sesuai untuk memasak di dapur



 barangan alat tulis ::  adakah logik barangan seperti ini dijual dengan harga RM5? anda pasti boleh mendapatinya dengan harga yang lebih murah di kedai alat tulis biasa. percayalah



 Alat kosmetik :: alat kosmetik murah pastinya mempunyai kesan yang buruk pada diri anda. Jangan kerana murah, kulit anda akan merana. jenama yang disediakan juga kelihatan tidak mendapat kesahihan dari kesihatan Malaysia. sayangi diri anda ok!


 Tea candle :: anda bleh dapat 100 lilin begini ada harga 12.50 di IKEA.


Tisu Tandas :: percayakah anda tisu tandas ini anda boleh beli di kedai biasa pada harga 70% lebih murah?. tak percaya. just survey on it. its probably not worth at all. MEMANG TIDAK BERBALOI.



loading...
loading...