Info Buah Pisang

loading...

Wednesday 29 April 2015

Filled Under:

Orang Sabah Belum Layak Jadi Perdana Menteri !

KUALA LUMPUR: Penganalisa politik Prof Zainal Kling berkata, buat masa ini belum ada pemimpin Sabah yang layak menjadi Perdana Menteri atau timbalannya.
Katanya, jika ada pemimpin yang berkebolehan, berwibawa dan berpandangan jauh boleh menjadi Perdana Menteri.
"Pada pandangan saya, Naib Presiden Umno dari Sabah Shafie Apdal belum layak menjadi Perdana atau Timbalan Perdana Menteri.
"Negeri bukan ukuran kerana yang diperlukan ialah kebolehan dan visinya," kata beliau lagi.
Zainal berkata, tokoh veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana faktor usia kerana rakyat mahu pemimpin nombor satu yang muda.
Beliau menambah, Tengku Razaleigh atau lebih dikenali dengan panggilan Ku Li pula banyak mengkritik Umno dan ini tidak disenangi oleh pemimpin dan ahli parti itu.
Beliau juga meramalkan BN dan Umno akan terus menang dalam pilihan raya umum datang kerana rakyat masih percaya kepada kerajaan najib.

Bagaimanapun, pandangan berbeza ditampilkan Timbalan Ketua Umno Pasir Mas, Kelantan Che Johan Che Pa.
Orang Semenanjung boleh menerima siapa saja di Sabah atau Sarawak untuk menjadi pemimpin termasuk Perdana Menteri atau timbalan, katanya.
"(Regional) Kawasan bukan ukuran, yang penting kebolehannya. Dr Mahathir (Mohamad) walau dari Kedah boleh mentadbir Malaysia," tambahnya lagi.
Beliau juga berkata, BN dan Umno masih menang dalam pilhan raya umum ke-14 meski pun berlaku perbalahan antara Dr Mahathir dan Perdana Menteri Najib Razak.
Beliau menambah, dalam Pakatan Rakyat juga berlaku pergolakan terutama antara PAS dan DAP dalam isu hukum hudud.




0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...