Info Buah Pisang

loading...

Thursday 30 April 2015

Filled Under:

HAKIM TERKEJUT, SALMAN KHAN PENING TENTANG AGAMA SENDIRI. TENGOK LA JAWAPAN SALMAN KHAN NI.

Terdahulu aktor kacak Salman Khan telah didakwa kerana menggunakan senjata api secara haram dan menembak haiwan black buck yang dilindungi. Ekoran itu dia dihadapkan ke mahkkamah bagi menjalani perbicaraan kes tersebut.
Apa yang menarik, sewaktu persidangan berlangsung Rabu lalu Salman Khan yang dipimpin oleh hakim Anupama Bijlaniktika nyata bingung apabila ditanya mengenai soal agama.
Hal ini bermula ketika hakim ingin mengisi borang rasmi sebelum memulakan sidang. Salman lancar menjawab ketika ditanya mengenai nama penuh, nama ayah, pekerjaan, namun tergagap dan bingung apabila ditanya soal agama.
Salman Khan Bingung Ditanya Soalan Mengenai Agama?
Pada awalnya Salman menjawab ‘India’, namun kemudian dia dilihat ragu-ragu. Tiba-tiba salah seorang peserta sidang menyahut dengan berkata ‘Muslim’, namun Salman menolak jawapan tersebut dan memberikan jawapan lain. Sambil kelihatan bingung ia kemudian mendedahkan pendapatnya itu.
“Aku Hindu dan Muslim. Ayahku (Salim Khan) adalah Muslim sedangkan ibuku (Susheela Charak) adalah penganut agama Hindu,” ujarnya.
Apa yang pasti tentu ramai peminat yang tertanya-tanya dan ingin mengetahui keagamaan apakah yang dianuti oleh Salman Khan.
Salman bagaimanapun tidak mengaku bersalah atas pertuduhan yang didakwa terhadap dirinya namun pembelaan dan bukti baru dari pihaknya akan didengar hakim pada sidang berikutnya bertarikh 4 Mei 2015.




0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...