Info Buah Pisang

loading...

Tuesday 28 April 2015

Filled Under:

VIDEO PENGAKUAN BEKAS PEREMPUAN SIMPANAN YANG PERNAH MABUK BERSAMA SULTAN BRUNEI

VIDEO PENGAKUAN BEKAS PEREMPUAN SIMPANAN YANG PERNAH MABUK BERSAMA SULTAN BRUNEI


VIDEO PENGAKUAN BEKAS PEREMPUAN SIMPANAN YANG PERNAH MABUK BERSAMA SULTAN BRUNEI | Jilian Lauren pernah menjadi perempuan simpanan Putera Jefri Bolkiah dari Brunei. Menurut Lauren, ia pernah diserahkan oleh Jefri sebagai "hadiah" untuk saudaranya, Sultan Hasanal Bolkiah, dan pernah mabuk bersama.

Lauren kini jadi penulis. Salah satu bukunya menjadi bestseller, iaitu Some Girls: My Life in a Harem. Berikut ini adalah tulisan Lauren, yang dimuatkan di laman web The Daily Beast,, tentang perilaku Sultan Brunei itu, yang kini melaksanakan undang-undang syariah di negeri kecil tetapi kaya itu:

Ketika masih remaja, saya menjadi perempuan simpanan saudaranya, yang 'menyerahkan' saya sebagai hadiah untuk sultan itu. Dan hanya dalam semalam, kami melakuan sekurang-kurangnya dua kesalahan mengikut undang-undang jenayah yang baru diimplementasikannya.

Hari Selasa, saya disambut oleh sesosok wajah yang sudah akrab ketika saya membaca pelbagai berita Sultan Brunei. Dia kini kelihatan lebih tua berbanding ketika saya mengenalinya. Wajahnya semakin pucat dan kelihatan lebih letih.

Ketika saya masih remaja, saya adalah perempuan simpanan dari saudara sultan itu, putera Brunei. padasaya, mereka bukan penjenayah. Hanya manusia biasa tetapi kaya luar biasa. Dengan diberikan semua kuasa dan wang yang ada di dunia, saya sering bertanya-tanya, apa yang telah saya lakukan di tempat mereka. Saya tidak pernah mendapat jawapan yang memuaskan.

Sekarang sultan itu menjadi berita utama kerana melaksanakan undang-undang Syariah di Brunei, termasuk undang-undang jenayah baru yang termasuk rejam sampai mati untuk kes zina, memotong anggota tangan untuk pencurian, dan sebatan untuk kesalahan seperti pengguguran, pengambilan alkohol, dan homoseksual. Ada juga hukuman mati untuk rogol dan liwat. 

Saya bukan pakar hak asasi manusia antarabangsa. Satu-satunya kelayakan saya dalam mengulas mengenai masalah ini adalah pernah mabuk pada satu malam di awal tahun 90-an, sultan itu dan saya melakukan sekurang-kurangnya dua kesalahan mengikut undang-undang yang baru itu semasa kami berada di sebuah penthouse suite di Kuala Lumpur.

Izinkan saya imbas kembali perististiwa lalu

Saya berumur 18 tahun ketika saya mendapati diri berada di sebuah "casting call" (proses pra produksi untuk memilih pelakon / pelakon, penari, model, penyanyi atau bakat-bakat lain untuk sebuah persembahan secara langsung atau yang direkodkan) di Ritz-Carlton 

di New York. Saya diberitahu ada satu tempat di satu kelab malam di Singapura. Ketika saya mendapat pekerjaan itu, saya tahu bahawa pekerjaan itu bukan di Singapura. Sebaliknya, ia merupakan satu undangan untuk menjadi tetamu peribadi dari playboy terkenal, Putera Jefri Bolkiah yang merupakan adik bongsu daripada Sultan Brunei, Hasanal Bolkiah. Saat itu, Hasanal Bolkiah merupakan orang terkaya di dunia. Saya seorang gadis muda bersemangat dan tidak punya rasa takut yang penuh dengan nafsu berkelana. tanpa memikirkan dosa, saya menerima undangan itu, saya sangat, sangat muda.

Ketika saya tiba di Brunei, saya mendapati bahawa putera itu menganjurkan pesta mewah setiap malam, di satu istana di mana ada lukisan Picasso di bilik-bilik mandi dan permaidani tenunan yang diberi emas sebenar. Pada pesta-pesta itu adaminuman (beralkohol yang tidak sah di hadapan awam), tarian, karaoke yang agak seronok, dan, yang paling penting, para perempuan cantik sekitar 30 hingga 40 orang dari seluruh dunia, yang menjadi seperti harem.

Putera itu gagah, pintar dan bahkan menawan pada saat itu. Saya menghabiskan tahun berikutnya di sana dan menjadi teman wanitanya. Untuk sementara waktu, ia menjadi satu pengembaraan yang glamor dan menarik. Walau bagaimanapun ia juga membuat kesunyian dan mematahkan semangat, dan penuh dengan penghinaan tahap rendah, termasuk diberikan kepada saudaranya putera sebagai hadiah. Walau saya bukan seorang tahanan, saya tidak bebas untuk datang dan pergi sesuka saya. kali terakhir saya di sana, saya merasa 10 tahun lebih tua dan masih tidak agak bijak. Saya Perlu masa lama untuk kembali bangkit, meski saya akhirnya menemukan jalan keluar Perjuangan saya merupakan perjuangan dalaman dan ia merupakan urusan saya. Dalam konteks ini, semua ia melepaskan.

Rejam diamalkan atau disahkan oleh undang-undang di 15 negara matang ini. Amalan itu secara tidak seimbang diterapkan sebagai hukuman bagi kaum perempuan, sering seperti hukuman untuk zina. Kumpulan hak asasi manusia, termasuk Amnesty International dan Human Rights Watch, menganggap hukuman itu kejam, tidak biasa dan merupakan penderaan. Menurut organisasi antarabangsa Women Living Under Muslim Law, rejam "merupakan salah satu bentuk yang paling kejam daripada keganasan yang dilakukan terhadap wanita untuk mengawal dan menghukum seksualiti mereka dan pelbagai kebebasan asas."

Walau bagaimanapun di Brunei merupakan hak istimewa putera dan sultan untuk berkelakuan teruk. Pengembaraan tidak terpuji dan pembaziran mereka dibenarkan dengan sekelip mata Bagi orang lain di Brunei, kaum Muslim dan non-Muslim, kebebasan mereka disekat, dan batasan itu kini berpotensi ditegakkan dengan keganasan kejam.

Anda boleh melemparkan saya dengan batu atas kesalahan masa lalu. Tentu saja, batu merupakan suatu metafora. Sebagai penduduk masyarakat bebas, merupakan hak saya untuk saya membuat salah, selama saya tidak melanggar undang-undang atau menganggu kebebasan orang lain. Adalah hak prerogatif saya untuk tidur dengan semua putera mana-mana yang saya suka. Saya hidup dengan pilihan saya.

Saat rakyat Brunei menghadapi hakisan hak-hak mereka, saya membayangkan lelaki yang pernah saya kenal, bersembunyi di sebuah hotel mewah di suatu tempat, mungkin dengan remaja Amerika lain di pangkuannya, sambil membuat undang-undang yang menetapkan nilai moral. 

Pada pandangan penulis ini adalah agenda yahudi bertapa zalimnya mereka cuba untuk menjatuhkan islam dengan memburuk-burukan nama Sultan Brunei kerana melaksanakan hukum hudud jadi jangan mudah terpengaruh dengan pengakuan wanita ini.








0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...