Info Buah Pisang

loading...

Tuesday 28 April 2015

Filled Under:

PENIAGA INI HINA ORANG SARAWAK . "ORANG SARAWAK PAKAI CAWAT" DIKECAM


'




Setakat pakai cawat je,'

Demikian kata seorang peniaga online yang dipercayai seorang wanita semenanjung menghina seorang pelanggannya yang berasal dari Sarawak.

Screenshot status peniaga online berkenaan yang dimuat naik di aplikasi pesanan ringkas, WhatsApp , tersebar sejak awal pagi tadi mengundang pelbagai reaksi dari netizen, khususnya orang Sarawak.

"Budak Sarawak acah-acah ader bajet nak beli handbeg dengan I. Ada ke duit? Haha. Nak bawa pergi mana pakai handbeg mahal ni dik? kat Sarawak tu ada ke shopping mall nak jalan?

"Duduk diam je la kat atas pokok naa. Tak payah nak bergaya bagai. Korang apa tahu pasal brand ni. Baju pun tak pakai, setakat pakai cawat je. Ini pula nak bertanya handbeg. Tak payahlah.

"Simpan je duit tu buat modal bikin rumah. Tak adalah korang tinggal kat pokok lagi. Majulah sikit.

"Ini kira akak dah cover nama dan muka kau. Taklah buka aib sangat," katanya diakhiri dengan gelak ketawa.

Screenshot status berkenaan banyak dimuat naik oleh pengendali page-page berasaskan negeri Sarawak.

Peniaga online, Liza's Online Shop itu kini diserang dari pelbagai sudut oleh rakyat Sarawak yang berang dengan penghinaan yang dilakukannya sehingga memaksa dia mengubah akaun Instagramnya kepada 'private'.

Peniaga terbabit bagaimanapun tampil menafikan dakwaan berkenaan.

"Salam semua. Ini adalah 1 fitnah ke atas diri saya. Akaun WeChat yang anda semua lihat mengutuk orang Sarawak itu bukannya akaun yang betul dari saya. Saya hanya berurusan hanya di laman Instagram sahaja. Kalau anda semua lihat nama pun dah berbeza. Boleh buat report polis sekiranya anda kata saya menipu. Saya tak ada akaun WeChat," katanya melalui laman Instagram @LizaOnlineShoppe.

Menurutnya, dia hanya menyedari dirinya 'diserang' oleh rakyat Sarawak setelah tampil seorang pengguna Instagram yang comment di salah sebuah gambar Instagram berbentuk sindiran.

"Kalau orang Sarawak beli boleh ke tak kak? Sebab dalam WeChat akak cakap orang Sarawak tak mampu beli. Acah-acah bajet ada duit. Nak tanya awal-awallah sebab takut kena hina pula kalau berniat nak beli," kata pengguna Instagram @Dedect.

Namun, tuduhan itu segera dinafikan oleh wanita terbabit dan meminta bukti dirinya berkata seperti itu.




0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...