Info Buah Pisang

loading...

Tuesday 28 April 2015

Filled Under:

GST :: "BINI SAYA MELARANG MASUK DEBAT, TAKUT KALAH NANTI" . AHMAD MASLAN IKUT CAKAP BINI. KAH KAH KAH

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata beliau tidak memerlukan pentas pembangkang untuk memberi penerangan tentang Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). Ahmad berkata tidak perlu bagi beliau menerima jemputan sebagai ahli panel forum GST daripada Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang kerana pembangkang terang-terang menafikan kebaikan sistem itu. AMK Pulau Pinang dilapor menyerahkan surat jemputan sebagai ahli panel forum GST 2 Mei ini kepada Ahmad semasa lawatan beliau ke tapak ekspo Seberang Jaya, 23 April lepas. "Saya tidak mahu berdebat di pentas mereka bukan kerana saya takut... di Dewan Rakyat sudah berkali-kali saya jawab. Saya ada banyak pentas dan medium lain untuk jelaskan (GST). "Mereka (pembangkang) perkara yang betul pun mereka akan putar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang kali ke-39, di sini hari ini. 





0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...