Info Buah Pisang

loading...

Thursday 30 April 2015

Filled Under:

Kate Middleton Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-4 Di Kolam Renang? beginikah cara kerabat diraja ketika berada di kolam renang?

29 April 2015 merupakan tarikh berbahagia antara Kate Middleton dan suaminya Putera William. Menurut sumber, pasangan Duke dan Duchess of Cambridge ini menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-4 semalam. Agak-agak bagaimana majlis dan suasana sambutan yang bakal diraikan oleh pasangan ini? Maklumlah kerabat diraja kan. Kalau sesetengah artis pun dah nampak mewah sambutan ulang tahun perkahwinan, kalau raja macam mana agaknya. Hmmmm.
Kate Middleton Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-4 Di Kolam Renang
Kate Middleton & Putera William sudah 4 tahun menjadi pasangan suami isteri
Sumber berita Daily Mail memberitahu pasangan ini memilih untuk meraikan detik-detik indah serta istimewa mereka di Buckingham Palace. Belum ada sumber yang sah menyatakan atau menunjukkan Kate Middleton dan Putera William akan mengadakan pesta sempena hari bahagia mereka.
Namun, menurut sumber terdekat mendakwa Kate Middleton berada di istana menikmati aktiviti berenang bersama-sama Putera William. Mungkin aktiviti itu bagi memudahkan proses melahirkan bayi memandangkan Kate Middleton pun tengah sarat mengandung. Kalau nak diikutkan memang dah lebih tempoh jangkaan kelahiran anaknya ini – Kate Middleton Bakal Timang Puteri Sulung April Ini?
Nampaknya seperti memang tiada apa-apa pesta yang akan diadakan sempena ulang tahun perkahwinan mereka memandangkan tumpuan lebih diberikan bagi menyambut kedatangan cahaya mata kedua mereka. Tambah-tambah lagi ada pihak ternampak pasangan ini keluar dari istana tersebut dan kembali menuju ke Kensington Palace.
Kate Middleton Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-4 Di Kolam Renang
Bayi kadungan Kate Middleton masih belum menunjukkan akan dilahir
Lebih baik utamakan keselamatan bayi yang masih belum dilahirkan lagi serta Kate Middleton daripada mengadakan majlis ulang tahun itu. Nanti kalau dah selamat lahir buatlah majlis ‘combo’ sekaligus, betul tak? Ahaks. Semoga Kate Middleton selamat melahirkan bayi kedua dan Selamat Ulang Tahun Perkahwinan yang ke-4!




0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...