Info Buah Pisang

loading...

Tuesday 28 April 2015

Filled Under:

MIA AHMAD DAN SYAHRUL RIDZUAN AKHIRNYA BERCINTA. . GIRLFREN SYAHRUL NK BUANG MANA?HMM.

Apabila penulis mendengar khabar Mia Ahmad dan Syarul Ridzwan kini hangat bercinta hati penulis terdetik mungkin ini adalah gimik semata-mata untuk melariskan sesebuah drama. Yelar kan, kalau tak silap Syarul Ridzwan dah ada buah hati menerusi artikel ini ‘Inikah Kekasih Syarul Ridzwan Pelakon Drama Hati Perempuan?‘.
Keserasian yang ditonjolkan Syarul Ridzwan dan Mia Ahmad semakin disukai ramai kerana berjaya membawa watak dengan baik. Drama Hati Perempuan kini sedang disiarkan di TV3 pada setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 6.55 petang. Jangan lupa tengok tau!
Memang tidak dinafikan nama pelakon Syarul Ridzwan dan Mia Ahmad semakin menjadi carian di blog hiburan lebih lebih lagi selepas mereka berdua dilihat sebagai pasangan bercinta. Patut lah ‘Mia Ahmad Dan Syarul Ridzwan Makin Meletop Menerusi Hati Perempuan
mia ahmad hati perempuan
Mungkin sebab itu juga timbul gosip mereka berdua sedang menjalinkan hubungan lebih sekadar kawan yang terjalin antara mereka. Itu hanya tanggapan mereka yang lain, tetapi tidak bagi penulis.
Kalau sah mereka bercinta sudah pasti masing-masing mengiyakan dan menunjukkan mereka kini bercinta. Maklum lah rombongan pasangan ini ke Melaka baru-baru ini dilihat begitu akrab. Mungkin ingin memuaskan hati peminat untuk melihat mereka berdua mesra bersama. Tidak kurang juga ramai yang meminta pasangan ini bercinta. Oh ya! betul ke ‘Pelakon Hati Perempuan, Mia Ahmad Mirip Shila Amzah?‘, bagi penulis ada je miripnya. Tetapi keduanya cantik!
mia ahmad dan syarul ridzwan2
Kalau betul mereka bercinta, tunggu sahaja diumumkan oleh mereka. Sudah pasti suatu hari nanti Mia Ahmad dan Syarul Ridzwan akan istiharkan sekiranya mereka mempunyai hubungan cinta. Tak gitu?




0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...