Info Buah Pisang

loading...

Sunday 19 April 2015

Filled Under:

DUNIA :: MICHAEL BUBBLE UPLOAD GAMBAR YANG MEMALUKAN WANITA (UNSAFE 18)

Kredit Instagram Micheal Buble

Penyanyi antarabangsa yang popular dengan lagu Sway, Micheal Buble, telah mencipta ketegangan di laman sosial Instagram apabila memuat naik satu gambar yang didakwa sebagai memalukan golongan wanita.
Dalam satu entri baru-baru ini, Buble telah mengambil gambar dirinya berlatar belakangkan seorang wanita yang memakai seluar pendek sehingga menampakkan susuk punggungnya.
There was something about this photo lu took ,that seemed worthy of instagram. #myhumps #babygotback #hungryshorts #onlyinmiami #picoftheday #beautifulbum
A photo posted by Michael Bubl (@michaelbuble) on Apr 13, 2015 at 4:59pm PDT
Lagi memanaskan keadaan, dia kemudiannya menulis kapsyen yang dikatakan memalukan individu tersebut, seperti #myhumps, #babygotback dan #hungryshorts.
Melalui ruangan komen, ramai peminat yang tidak berpuas hati dengan tindakan tersebut kerana ia dilihat tidak menghormati golongan wanita.
Tak lama selepas isunya menjadi panas, Buble mengeluarkan satu kenyataan balas melalui komen di gambarnya itu.
Tulisnya, Saya sedar gambar yang sepatutnya menjadi satu penghormatan, telah menjadi satu isu yang dipersoalkan. Untuk pengetahuan, saya sangat terluka apabila ramai berfikiran bahawa saya tidak menghormati wanita dan memalukan mereka.
Saya tidak bermaksud demikian dan ia bukanlah sebahagian karakter saya. Saya kesal pada sesetengah pihak yang melihat gambar itu sebagai satu penghinaan. Itu bukan niat saya.
Wanita adalah untuk dihargai, disayangi, dihormati. Saya percaya terhadap perkara itu dan akan terus melakukannya.




0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...