Info Buah Pisang

loading...

Saturday 18 April 2015

Filled Under:

PADAH MAKAN NASI LEMAK FREE, PELAJAR TAHFIZ DIMASUKKAN KE DALAM WAD KECEMASAN


Klang: Seramai 80 pelajar, pengetua dan guru pusat tahfiz Darul Tahfiz Ummul Qura, Jalan Kebun, dekat sini dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) selepas keracunan makanan dipercayai kerana makan nasi lemak malam kelmarin.

Nasi lemak berkenaan disedekahkan orang ramai kepada pusat tahfiz berkenaan.

Timbalan Pengetua pusat tahfiz itu Marzuki Ismail, 42, berkata, hampir semua pelajar mengadu sakit perut dan cirit birit mulai tengah hari semalam.

Katanya, mereka kemudiannya dibawa ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan.

“Bagaimanapun pelajar dan guru mengalami cirit birit yang teruk sebelum mereka dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

"Sehingga hari ini mereka semua masih mendapatkan rawatan di sini (HTAR).

"Pengetua Abd Rasul Rahman, 61, dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas cirit birit selain ada beberapa penyakit lain.


"Keracunan ini dipercayai berpunca selepas mereka menikmati nasi lemak yang disedekahkan orang ramai," katanya.




0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...