Info Buah Pisang

loading...

Saturday 18 April 2015

Filled Under:

OOOO INILAH PESAWAT YANG TELAH MEMBUNUH RAKYAT SYRIA. OOO


KONFLIK di beberapa negara Islam menarik perhatian dunia sejak sekian lama. Apatah lagi, serangan dilakukan Amerika Syarikat kebanyakannya belum menunjukkan tanda akan tamat dalam masa terdekat.

Bukan sahaja diserang, ada juga beberapa negara luar yang bergolak di antara puak-puak menyebabkan ramai rakyat negara tersebut menjadi mangsa.

Kini mengikut peredaran masa, Amerika Syarikat mula mengurangkan penghantaran tentera ke negara luar sebaliknya melakukan serangan dengan menggunakan dron.

Dron adalah sebuah pesawat yang tidak memerlukan pemandu dan ia dikawal alat kawalan jauh.

Bagaimanapun di sebalik kecaman yang diterima, Voltage Pictures dan Sobini Films mengambil inisiatif membawa penonton melayari kisah juruterbang dron yang terlibat dengan misi kejam sebegini.

Tanggungjawab untuk mengolah dan menggarap kisah juruterbang ini dilakukan Andrew Niccol selaku pengarah.

Filem yang diberi judul Good Kill membariskan barisan pelakon yang tidak kurang hebatnya seperti Ethan Hawke, Zoe Kravitz, January Jones, Jake Abel dan beberapa pelakon lain.

Filem thriller ini mengisahkan tentang seorang juruterbang di Las Vegas, Mejar Thomas Egan (Hawke) yang menyerang militan Taliban selama 12 jam sehari dengan hanya menggunakan pesawat dron yang dikawal menggunakan alat kawalan jauh.
gan kemudiannya mula mempersoalkan sama ada tindakannya itu adalah perkara yang betul. Dia keliru sama ada dia menjadikan dunia semakin selamat atau mencipta pengganas.

Mengangkat konflik moral dalam penceritaan filem ini, Good Kill sedikit sebanyak membuat pendedahan bagaimana juruterbang yang terlibat terpaksa mengikut arahan kejam dan tidak masuk akal oleh pihak berkuasa.

Namun sebagai penonton, penulis cuba untuk tidak melihat filem ini sebagai cubaan pengarah atau penerbit menutup kekejaman yang dilakukan Amerika Syarikat.

Sebaliknya membawa penonton melihat  realiti dihadapi juruterbang terlibat dan konflik moral dihadapi apabila mengebom sasaran.

Dalam masa sama, ia tetap memaparkan kekejaman sebenar pihak tidak bertanggungjawab dalam melakukan serangan tanpa belas kasihan.

Biarpun mempunyai jalan cerita menarik, namun entah mengapa penulis rasakan Niccol terlalu berhati-hati dalam menggarap filem ini membuatkan perjalanan filem ini lambat.

Apatah lagi dalam mengetengahkan kisah ketenteraan dan peperangan seperti ini membuatkan tidak banyak tarikan hiburan yang diserapkan, sebaliknya penonton perlu mengikuti kisah yang dipaparkan dari mula hingga akhir.


Penghayatan Hawke

Manakala dari sudut lakonan pula, penghayatan Hawke secara berlebihan di dalam filem ini membuatkan ada ketikanya dia nampak kaku dalam menterjemahkan watak Mejar Thomas Egan.

Biarpun bermain dengan emosi yang sarat dengan dilema seorang juruterbang antara tugas dan moral yang masih tebal dalam dirinya, Hawke tampak bersungguh-sungguh untuk membawakan watak tersebut dengan berkesan.

Namun entah mengapa ada ketikanya dia membuatkan lakonan tersebut nampak kaku.
Mujur kekurangan itu ditampung lakonan pelakon lain seperti Bruce Greenwood yang cukup kejam dan Zoe Kravitz yang bersahaja.

Secara keseluruhan, Good Kill mempunyai sebuah jalan cerita yang menarik dan lain dari lain. Sekiranya anda meminati filem berunsur perang dan ketenteraan, jangan lupa untuk menyaksikan filem ini.




0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...