Info Buah Pisang

loading...

Saturday 18 April 2015

Filled Under:

MUHYIDDIN CAKAP TUN MAHATHIR TIDAK KESEORANGAN. ADAKAH MUHYIDDIN BERADA DI PIHAK TUN?



Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berucap di forum ‘Engaging the young to criminalise war and energise peace’ di Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal

Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan hari ini Tun Dr Mahathir Mohamad tidak keseorangan dalam menegakkan kebenaran, sambil melahirkan sanjungan terhadap pemimpin veteran Umno tersebut yang disifatkannya berani melawan kuasa Barat.

Timbalan perdana menteri itu berkata, bekas perdana menteri itu sentiasa menyatakan pendiriannya walaupun ia tidak disenangi kuasa besar dunia.

“Bercakap tentang kebenaran dan keberanian… itu adalah simbol anda sejak menjadi doktor dan ahli Umno.

“Anda tidak keseorangan dalam menyatakan kebenaran,” kata Muhyiddin semasa berucap dalam forum bertajuk ‘Engaging the young to criminalise war and energise peace’ di mana Dr Mahathir merupakan pengerusinya.

Muhyiddin juga duduk di sebelah Dr Mahathir semasa majlis itu berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra pagi ini.




0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...