Info Buah Pisang

loading...

Saturday 18 April 2015

Filled Under:

MUFTI SURUH NAJIB HENTIKAN GST UTK ORG ISLAM

Datuk Zulkifli Mohammad Al Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan mencadangkan supaya umat Islam yang membayar zakat dikecualikan daripada cukai barangan dan perkhidmatan (GST). – Gambar hiasan Haji Najib Razak sedang membayar zakat.

Sepatutnya juga membuat kenyataan membela fakir miskin dari kalangan kaum lain di Malaysia supaya kenyataannya tidak dilihat bias dan menerima kritikan.

Orang cina juga umat manusia dan mereka juga ada yang sudah miskin nak kahwin puluh ribu, nak mati belas ribu dan klik sini baca sejarah kesan cukai berat ke atas peniaga dan pekerja cina.

Datuk Zulkifli Mohammad Al Bakri, dalam satu catatan Facebook semalam, mencadangkan pengecualian tersebut atau satu mekanisma khusus diwujudkan agar tidak berlaku dua kali pembayaran sehingga membebankan mereka.

Beliau juga mahu wang yang dikutip melalui cukai baru itu diperuntukkan untuk tujuan pembangunan.

Manakala ketelusan, integriti dan amanah, tegasnya, perlu dipertingkatkan bagi mereka yang terbabit dalam urusan GST.

“Rakyat jelata dan orang ramai begitu ternanti-nanti ingin melihat hasil daripada percukaian GST, akan dibaikpulih kualiti sistem pengangkutan awam, kemudahan awam, pembelajaran dan lain-lain yang bersifat maslahah ‘ammah,” katanya lagi.

Zulkifli, seorang ulama terkenal berkata beliau telah membawa perkara itu kepada pihak berkuasa berikutan kegusaran dan kegelisahan di kalangan masyarakat mengenainya.

Menjawab soalan pembaca Facebook itu, sama ada Zulkifli bertemu dengan perdana menteri bagi membincangkan perkara itu, pentadbir Facebook mufti itu menjawab, telah ada beberapa perjumpaan mengenai perkara itu.

“Sebelum dimaklumkan di Facebook, telah ada beberapa perjumpaan dalam mesyuarat kabinet tentang hal ini,” kata pentadbir Facebook mufti WP itu.

Pada masa ini, umat Islam membayar zakat pada kadar 2.5 peratus daripada simpanan mereka, termasuk barang kemas, harta yang mereka miliki dan keuntungan daripada perniagaan.
Ini di samping zakat fitrah yang wajib dibayar pada bulan Ramadan. Kutipan daripada sumbangan tersebut digunakan untuk membantu umat Islam yang miskin.

‘Orang miskin perlu dikecualikan’

Najib mengumumkan pada awal bulan ini bahawa GST adalah ‘halal’. Pelaksanaan GST berkuatkuasa pada 1 April.


Mufti WP itu juga menggesa kerajaan supaya mengelakkan kekeliruan dalam pelaksanaan GST.

“Mekanisma dan cara pungutan dan pengagihan perlu selamat daripada sebarang unsur penindasan dan orang miskin dikecualikan daripada dibebani dengan cukai.

“Begitu juga mekanisma supaya tidak berlaku eksploitasi orang yang tidak bertanggungjawab yang perlu dikawal sebaik mungkin agar kemaslahatan terzahir,” tambahnya.

Beliau juga menggesa kerajaan supaya mengenal pasti beberapa barangan atau perkhidmatan yang semestinya tidak dikenakan GST, terutama yang bersifat ta’awun seperti takaful dan lain-lain.

Beliau turut menggesa kerajaan supaya memantau harga di setiap peringkat dari semasa ke semasa sama ada di peringkat pemborong, pengilang, mahupun peruncit, bagi mengelak peniaga mengambil kesempatan. – Sumber ihsan Malaysiakini

Lihat video: Tun Mahathir gesa Najib bantu orang yang benar benar miskin. Hentikan BR1M beri semula subsidi yang bermakna tangguh sebentar GST.

Jangan kacau ganggu sistem dan hentikan leverage politik serta kewangan yang sudah sedia rukun di Malaysia yang aman permai




0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...