Info Buah Pisang

loading...

Sunday 19 April 2015

Filled Under:

IS TUNJUK VIDEO PENGGAL KEPALA

TRIPOLI - LIBYA. Kumpulan militan (IS) didakwa telah mengeluarkan sebuah video baru yang memaparkan pembunuhan 30 orang Kristian Ethiopia di Libya.

Rakaman itu menunjukkan sekumpulan lelaki dipenggal kepala di sebuah pantai manakala kumpulan yang lain di tembak di bahagian kepala di padang pasir.

Memetik laporan BBC, mangsa-mangsa yang terlibat dipercayai anggota gereja Ethiopia yang diculik oleh kumpulan militan di Libya.

Sebelum ini sebuah video turut di keluarkan kumpulan itu termasuk sebuah video pembunuhan 21 Kristian Mesir Februari lalu.

Video yang berdurasi 29 minit itu turut memaparkan logo rasmi IS.

Bagaimanapun kesahihah video itu masih belum dipastikan.

Sementara itu, Menteri Penerangan Ethiopia, Redwan Hussein berkata, kerajaan kini sedang mengesahkan warganegara mangsa yang terlibat.

Dalam pada itu, beliau mengutuk pembunuhan kejam tersebut dan menganggap jenayah tersebut sebagai jenayah kemanusiaan.




0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...