Info Buah Pisang

loading...

Monday 20 April 2015

Filled Under:

GURU PARAH DIBELASAH OLEH 6 MAT REMPIT KERANA .........

PASIR MAS – Polis menahan tiga daripada enam suspek yang dipercayai terlibat dalam kes membelasah seorang guru di Taman Perumahan Hadapan Sekolah Pendidikan Khas Lati, di sini Khamis bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, ketiga-tiga lelaki itu ditahan di dua lokasi iaitu Taman Megah Lagenda Lati dan Kampung Kepas Apam di antara pukul 4.30 petang sehingga 5 petang semalam oleh anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah daerah tersebut.

“Kesemua suspek yang berusia 24, 26 dan 41 tahun, hasil ujian air kencing yang dijalankan mendapat mereka positif dadah jenis methamphetamine.

“Dua daripada mereka peniaga, manakala seorang lagi bekerja sebagai juru elektrik,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mingguan Malaysia hari ini melaporkan, gara-gara tidak berhenti selepas terlibat dengan kemalangan, seorang guru patah tulang pipi dan cedera di mata, muka serta badan selepas dibelasah enam lelaki yang tidak dikenali di Taman Perumahan Hadapan Sekolah Pendidikan Khas, Lati, di sini, Khamis lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.40 petang itu, mangsa, Mohd. Yatimmi Arifin, 33, dibelasah ketika mahu menyelesaikan sedikit salah faham berkaitan kemalangan kecil yang berlaku kira-kira setengah jam selepas itu.

Haliludin memberitahu, siasatan awal menunjukkan kesemua suspek adalah adik beradik dan mempunyai kaitan dengan lelaki yang terlibat dengan kemalangan itu.

“Kesemua suspek ini telah ditahan reman selama tiga hari bermula semalam bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu dan usaha memburu tiga lagi suspek sedang dijalankan,” katanya.





0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...