Info Buah Pisang

loading...

Thursday 16 April 2015

Filled Under:

GOSIP PANAS :: REMY ISHAK CERITA PENGALAMAN ADEGAN BERASMARA BERSAMA IZARA AISHAH


Memegang watak pemuda kampung bernama Rashid, beliau terpaksa melakukan beberapa babak mencabar disamping aktres Izara Aishah yang memegang watak sebagai Maya.
Buat Remy, babak yang dirasakan paling susah untuk dilakonkan adalah babak ketika watak Rahsid dan Maya berasmara di atas batu.
Babak saya dan Maya (lakonan Izara Aishah) berasmara antara babak mencabar pada saya. Babak itu di mana kami berdua berbaring di atas batu di pantai. Ketika penggambaran babak itu, ombak sangat besar.
Sebelum buat babak itu aya ada beritahu Izara yang saya rasa takut sebab memang ombak kuat pada masa itu. Ada sekali kami dipukul ombak dan hampir hanyut. Mujurlah tangan saya mencengkam kuat pada batu tersebut.
Aktor tersebut juga turut mengalami kecederaan kecil apabila kakinya tercucuk batu karang yang berada di celahan batu.
Ketika lakukan babak itu juga kaki saya tercucuk batu karang yang ada di celah batu tersebut dan mengalami pendarahan.Kesannya sampai sekarang di tapak kaki saya ada satu lubang kecil akibat tusukan karang itu.
Jika lihat trailer dibawah memang panas aksi Remy Ishak dan Izara Aishah berasmara di atas batu. Nampaknya pengarah di Malaysia semakin berani untuk tampilkan aksi sebegini dan para pelakon juga tidak dapat berbuat apa-apa atas alasan mengikut arahan. Kuat juga iman Remy kan? Sesetengah orang melihat bentuk badan wanita sahaja sudah bernafsu bagaimana rasanya pula bila anda harus melakonkan aksi asmara sebegini ya? Kami tak rasa ia camera trick.





0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...