Info Buah Pisang

loading...

Monday 20 April 2015

Filled Under:

ABBY ABADI TAK JADI DEDAH PUNCA BERKAHWIN DENGAN NORMAN


Nama Abby Abadi sememangnya sinonim dengan isu-isu panas semenjak dia mula menceburkan diri dalam bidang nyanyian dan lakonan.
Antara yang menjadi perhatian masyarakat Malaysia adalahkisah penceraiannya dengan pelakon Norman Hakim, cerita penghijrahannya ke arena politik dengan menyertai PAS dan kisah perkahwinannya dengan lelaki lebih muda iaitu Noor Farhan Che Bakar yang bertahan tak sampai setahun.


Minggu lalu, Abby sekali lagi dilihat sengaja mencipta kontroversi sendiri apabila dia membuat kenyataan bakal memaklumkan kepada umum sebab dia berkahwin dengan Norman dahulu. Dah kenapa?
#Repost @normanhakim_786 with @repostapp.Mummy @memeysuhaiza & Mama @abby_abadi112 #mdh yang terhebat! Tanpa uolls,pincanglah iolls nak membesar,mendidik & memberi kasih sayang yang terbaik untuk sekalian #mdh #MohamedDanishHakim #MarissaDaniaHakim #MariaDanishaHakim #MuhammadDarwiszHakim #MuhammadD*****zHakim .Terima kasih sangat2 atas dedikasi dan kerjasama antara sesama uolls selama ni.Hamba tak mampu nak membalasnya.Hamba berserah hanya pada Sang Pencipta untuk membalas pengorbanan dan budi baik kalian. P/S:Tima kacih mama @abby_abadi112 bagi hadiah ‘seisi keluarga’ ,dodoi,peluk cium & sayangkan #mdhsuperjr jugak macam anak mama yang lain . Baru je nak mengarang tengok2 Normang dah post dulu gambar ni hehe sebenarnya lama dah kita simpan. Kita Kita Kita nak cakap “@MemeySuhaiza tu cantik sangat kan? Hehe.. Kita sayang dia. Pastu kita nk bgtahu juga yg Norman & Memey sangat2 serasi bersama. Sama cantik, sama padan, seia sekata, sejiwa semualah. Hehe.. . Ngan kita? Kitaorg kahwin bukan sebab cinta sebenarnya Sebab apa? Jeng! Jeng! Jeng! Taktahu la En @normanhakim_786 nk akui ke tak perkara ni tapi.. Itulah dia yg sebenarnya. Rasa Sy la. Apa dia? Jemput Solat Isyak dulu k. Panjang umur murah rezeki, dpt persetujuan En Norman, Sy cerita nanti. Siap ngan gambar sekali sbg bukti hehe.. Jemput Solat dulu k. Ingat kami & Anak5 dlm doa kalian ye 
A photo posted by Syuhada Kasih Abadi (@abby_abadi112) on Apr 12, 2015 at 5:42am PDT

Apa motif Abby ingin melakukannya? Apa perasaan isteri Norman iaitu Memey? Itu antara persoalan yang dilontarkan ramai pengguna yang tidak bersetuju dengan tindakan ahli kumpulan Elite itu.
Selepas menerima banyak kritikan pedas dari pengguna laman Instagram peribadinya, Abby akhirnya memutuskan untuk tidak memberi sebarang ulasan lanjut mahupun mengungkit kisah lamanya bersama Norman.
Ujarnya dalam satu kenyataan terhadap Sinar Harian, Tak apalah, saya malas nak layan sebab kalau jawab nanti, orang akan panjangkan perkara ini & lagipun, ramai sangat juri awam kat Malaysia ini.
Saya memutuskan untuk tidak lagi melanjutkan perkara ini, Tiada apa yang serius dan kalau cerita pun, ia tidak berbaloi. Jadi, lupakan saja.
Bagi saya, ia bukanlah satu perkara yang penting untuk dikongsikan bersama.
Nampaknya gayanya, Abby baru tersedar akan tindakan terdahulu yang berkemungkinan boleh menganggu keharmonian rumah tangga Norman dan Memey.
Abby pun dikhabarkan sedang mengenali hati budi seseorang, jadi ada baiknya memberi tumpuan kepada hal masa depan dari cuba mengungkit kisah silam




0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...