Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata, beliau tidak merasa kesepian, dalam nada menyindir pengkritik tegarnya bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang baru-baru ini berkata, beliau keseorangan dalam menyatakan kebenaran. – Gambar Free Malaysia Today
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat cuba menghantar mesej jelas kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, bahawa beliau tidak berseorangan dalam melawan kritikan daripada bekas Perdana Menteri itu.
Perdana Menteri berkata, beliau menerima sokongan padu dari banyak pihak seperti badan antarabangsa, individu dan institusi yang memberikan kepercayaan kepada negara.
“Bahkan, telah memberikan pengiktirafan yang sangat tinggi kepada negara ini,” katanya ketika berucap merasmikan Invest Malaysia di Hotel Mandarin Oriental pada Khamis.
“Saya tak rasa keseorangan langsung. Malah, saya rasa saya ada ramai teman di sini. Dan saya yakin, dengan kestabilan dan pertumbuhan Malaysia yang diketahui umum, di bawah kerajaan ini, saya akan bersama anda lagi tahun depan dan tahun-tahun mendatang,” katanya.
Muhyiddin dikatakan mendapat sokongan Dr Mahathir untuk menjadi Perdana Menteri sekiranya Najib berundur.
Dr Mahathir di blognya sebelum ini menulis “Saya sedar saya keseorangan’ apabila kritikan dan serangan terhadap Najib mendapat kutukan daripada pemimpin UMNO.
Dr Mahathir menulis di blognya chedet.cc pada 14 April, beliau merasakan dirinya bersendirian dalam usahanya mendapatkan jawapan kepada pelbagai isu yang dibangkitkannya, terutama berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan kes pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu. – FMT / MRM
0 comments:
Post a Comment