Seorang bomoh tergamak mengambil kesempatan mencabul seorang pesakitnya menggunakan pisau.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah, Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya, berkata, mangsa seorang perempuan Melayu berumur dalam lingkungan 20-an.
Menurutnya, wanita itu yang bekerja sebagai kerani swasta dari Jitra bersama-sama ibu serta ahli keluarganya pergi ke sebuah rumah flat di kawasan Alor Setar pada Ahad lalu kira-kira jam 8.30 malam.
“Tujuannya untuk berubat secara tradisional kerana ahli keluarganya mendakwa mangsa kena sihir.
“Semasa proses perubatan dijalankan, mangsa mendakwa bomoh berkenaan meletak keris berdekatan kemaluan dan buah dadanya,” katanya dalam satu kenyataan kepada media, di sini, kelmarin.
Mohd Nashir berkata, bomoh itu juga didakwa meraba-raba di merata tubuhnya walaupun tidak disukai mangsa.

“Bomoh itu juga menyentuh kemaluan wanita terbabit dengan menggunakan pisau.
“Mangsa kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Setar pada Rabu lalu sekitar jam 9 malam,” katanya.
Beliau berkata, susulan laporan itu, pada jam 5.15 petang semalam seorang lelaki Melayu berumur dalam pertengahan 50-an ditangkap polis di rumahnya di Alor Setar untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan,” katanya.
0 comments:
Post a Comment