Pelik, hakim terkejut mendengar permintaan banduan ini | SEORANG bekas perompak yang telah dibebaskan selepas lebih 12 tahun menjalani kehidupan sebagai banduan ingin kembali semula ke penjara kerana tidak mahu hidup merempat. David Potchen, 53 yang merompak sebuah bank di Merrillville, Indiana pada Jun tahun lalu kini bekerja sebagai seorang pengimpal dan menyimpan hasrat untuk tidak lagi terjebak dengan jenayah.
Sebelum itu, David memberitahu Hakim di Mahkamah Lake County bahawa dia sengaja melakukan rompakan bank kerana mahu kembali ke penjara kerana selesa menjalani hukuman itu selepas didapati bersalah dalam 2,000 kes rompakan bank. Sepanjang tempoh itu, David dibayar AS$8.29 sejam semasa dalam tahanan tetapi sukar mendapat kerja setelah dibebaskan.
Dia kini masih dalam pemantauan pihak polis sejak Jun tahun lalu selepas dipenjarakan selama 286 hari untuk kesalahan terakhir yang dilakukannya. Pada hari perbicaraan David memberitahu Hakim Clarence Murray bahawa dia hanya akan mengaku bersalah jika dijatuhi hukuman maksimum lapan tahun penjara supaya dapat kembali ke penjara. Hakim Murray mengakui terkejut mendengar permintaan David.
0 comments:
Post a Comment