seorang dewi remaja yang cukup popular di temu ramah dalam satu rancangan,namun mawar terperangkap dalam soalan mengenai gst.
bak kata orang kalau nak jadi ikon atau role model, seseorang itu perlulah terdiri daripada kalangan individu yang cerdik pandai selain sentiasa peka dengan isu-isu semasa tidak kira sama ada dalam mahupun luar negara.
Isu yang sedang hangat di negara kita sekarang, pastinya berkaitan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang mula dilaksanakan sejak 1 April lalu.
Bagaimanapun dua gadis manis yang terpilih menjadi finalis Dewi Remaja 2014/2015 anjuran sebuah majalah tempatan ini didapati tidak begitu bersedia apabila ditanyakan mengenai isu ini, malah nama penuh GST pun terkulat-kulat hendak menjawabnya.
Tak dinafikan mereka-mereka yang terpilih sebagai calon akhir pertandingan lumba kecantikan ini memang menawan belaka, tapi kecantikan seseorang itu pasti lebih terserlah sekiranya seiring dengan kebijaksanaan.
Bak kata orang putih, beauty with brain gitu..
Apa pun mungkin juga dorang nervous kot, tu yang blank sekejap tak tahu nak jawab apa.
0 comments:
Post a Comment