Info Buah Pisang

loading...

Wednesday, 29 April 2015

Filled Under:

PAK LAH SURUH NAJIB JAWAB SOALAN TUN M. "SAMPAI BILA NAK BERDIAM DIRI"

SILA JAWAPAN SOALAN TUN M GILIRAN PAK LAH TEKAN NAJIB

Sila-Jawapan-Soalan-Tun-M-Giliran-Pak-La
SILA JAWAPAN SOALAN TUN M – GILIRAN PAK LAH TEKAN NAJIB |Seorang lagi tokoh tampil mendesak perdana menteri supaya jangan terus berdiam diri terhadap kritikan dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kata Tun Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Seri Najib Razak perlu memberi reaksi kepada kritikan dibuat Dr Mahathir.

“Najib perlu melakukan sesuatu. Sesiapa yang menjadi perdana menteri bertanggungjawab (untuk memaklumkan) kepada rakyat,” katanya di sidang media selepas menghadiri forum anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia hari ini.

“Beliau tak boleh mendiamkan diri, kan?” katanya.

Abdullah berkata, menjadi perkara biasa bagi seseorang pemimpin menyuarakan pandangannya kepada rakyat.

Katanya, Najib perlu melakuka sesuatu bagi menangani serangan Dr Mahathir kerana jika tidak, ia akan memberi kesan buruk kepada Umno dan masyarakat.

Ditanya sama ada Najib perlu meletak jawatan sebagai perdana menteri atau sebaliknya, Abdullah berkata: “Dia mesti membuat keputusan itu.”

Sementara itu ditanya apa yang perlu dilakukan pihak lain yag terbabit dalam persengekataan Najib – Dr Mahathir, Abdullah berkata: “Cuma buat kerja masing-masing, sudah.”




0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...