Remy Ishak Terima Padah Akibat Berlakon Adegan Sumbang
Gambar Remy Ishak dan Izara Aishah di tepi pantai untuk filem pilot Cafe telah menjadi viral dan mengundang pelbagai kritikan dan komen negatif dari orang ramai.
~18 Tahun Ke Atas Sahaja: (KLIK SINI)
Buat Remy Ishak, dia tahu bahawa adegan itu akan mengundang pelbagai tomahan dan reaksi negatif penonton namun sebenarnya ia bertujuan untuk memberi mesej positif supaya menjauhkan diri dari maksiat.
Bagi Remy Ishak, dia sebenarnya sudah terima padah apabila melakonkan adegan berkenaan kerana kesukaran dan cabaran yang dihadapi untuk babak itu ibarat balasan tuhan terus kepadanya.
Ini komen Remy Ishak:
Ombak Kuat:
“Adegan itu dilakukan di antara dua buah batu yang besar dan kami berada di atas batu dan dipenuhi batu karang di bawahnya.
“Apa yang seram ketika itu adalah untuk menghadapi setiap ombak yang datang. Ini kerana ombak itu berlalu seperti mahu menelan kami sekali ke dalam lautan.
“Ada ketika bila ombak itu datang dan pergi, saya perlu berpaut kepada batu untuk mengelakkan diri daripada hanyut dibawa arus,”
Dapat Rasa Kemarahan Tuhan:
“Walaupun dalam wayang kita lihat babak itu hanya sekejap , tetapi saya yang melakonkan dapat merasai apa yang berlaku.
“Saya dapat rasa betapa kemarahan tuhan dan alam kepada dua orang yang melakukan perbuatan terkutuk pada ketika itu juga, walaupun hanya sekadar lakonan. Ia seperti benda betul berlaku,”
Terima Padah Dan Tercedera:
“Ada sekali ketika ombak itu menarik kami, saya telah tergelincir jatuh dan kaki saya luka terkena batu karang. Selepas itu saya serta merta dibawa ke klinik berdekatan untuk mendapatkan suntikan kerana khuatir jika terkena jangkitan kuman,”
“Di bawah tapak kaki saya, sehingga sekarang masih lagi mempunyai kesan berlubang akibat daripada adegan tersebut. Itulah ibarat betapa marahnya alam pada mereka yang melakukan maksiat,”
Itulah sedikit komen dari Remy Ishak tentang lakonannya yang mencetuskan kontroversi itu. Filem Pilot Cafe akan mula ditayangkan minggu depan.
0 comments:
Post a Comment