Info Buah Pisang

loading...

Wednesday, 29 April 2015

Filled Under:

GAMBAR TERBARU ERIN MALIK: NAMPAK GEMOK DAN CHUBBY. SUAMI MARAH

Pelakon Erin Malek yang kini sedang hamil empat bulan mendedahkan terdapat segelintir peminatnya yang meninggalkan komen berunsur negatif di laman instagram miliknya dengan mengatakan Erin gemuk.
Menurut Erin dia juga pernah melalui situasi yang sama seperti artis lain dimana laman instagram miliknya dihujani dengan komen yang negatif. Akui dirinya sedang hamil, Erin enggan ambil peduli perkara tersebut kerana bimbang memberi tekanan terhadap dirinya. Apa yang Erin mampu buat hanya menyekat mana-mana individu yang meninggalkan komen negatif di laman instagramnya.
“Terdapat segelintir pihak yang suka memberikan komen negatif terhadap artis-artis Malaysia, terutamanya di laman Instagram. Saya pun pernah melalui perkara tersebut. Walaupun saya kini sedang mengandung, ada yang memberikan komen dan mengatakan saya gemuk. Apa yang saya boleh buat hanyalah menyekat mereka sahaja. Saya malas mahu memikirkan perkara-perkara negatif seperti itu,” kata Erin memulakan bicara.
Peminat Kutuk Erin Malek Gemuk?
Menurut Erin pada mulanya suaminya agak marah namun kerana beristerikan seorang artis, tidak dapat dielak dari dihujani kontroversi, akhirnya suami Erin akur dan dapat membiasakan diri dengan situasi tersebut.
“Suami saya okay sahaja. Dia sudah bersedia dan aware dengan keadaan ini kerana status saya yang merupakan seorang selebriti. Dia kadang-kadang marah juga pada mulanya, tetapi selepas itu saya katakan padanya agar dia menenangkan fikiran dan tidak melayan perkara tersebut. Lama kelamaan, suami saya telah terbiasa,” kata Erin yang ditemui di Majlis Suaikenal Paranormal Studios.
Erin dalam pada itu akui sepanjang tempoh kehamilan, dia turut mengalami simptom seperti sesetengah wanita hamil yang lain. Erin yang pada mulanya mengalami alahan teruk kini beransur pulih apabila usianya menjangkau empat bulan.
“Di awal kehamilan, keadaan saya agak teruk. Bila saya makan sahaja, saya akan muntahkan semula makanan saya. Kini apabila kandungan telah memasuki trimester kedua, semuanya beransur pulih. Saya boleh menikmati makanan semula. Alhamdulillah, saya tidak mengidam perkara yang pelik-pelik buat masa ini,” ujarnya lagi.
Peminat Kutuk Erin Malek Gemuk?
Disebabkan Erin tidak menggemari sayur-sayuran, dia mengambil makanan tambahan seperti vitamin sebagai pengganti sayur sepanjang hamil.
“Saya orang yang tidak gemar makan sayur. Menyedari hakikat itu, saya memastikan yang saya akan makan vitamin sebagai pengganti sayur untuk kesihatan kandungan saya. Saya juga tidak lupa untuk minum susu setiap malam sebelum tidur,” ujarnya mengakhiri bicara.




0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...