Penulis amat bersimpati dengan nasib yang menimpa pelakon Fiza Elite kerana baru sahaja mengalami pengalaman sedih dalam hidupnya.
Malah ‘Adam AF Dan Fiza Berusaha Dapat Anak‘ hanya mampu bertahan separuh jalan apabila dikhabarkan Fiza mengalami keguguran anak pertama mereka pada penghujung Mac lalu selepas disahkan hamil tujuh minggu. Berita tersebut dikongsikan sendiri oleh suaminya, Adam AF.
Biar pun perkara tersebut amat menyedihkan namun Fiza dan Adam AF tetap redha dengan ketentuan illahi selain menganggap masih belum rezeki mereka untuk miliki cahaya mata.
“Apabila mendapat perkhabaran isteri mengandung sudah tentu saya gembira kerana kehadiran cahaya mata akan mengeratkan lagi kasih sayang kami namun sudah tiada rezeki kami apabila dia mengalami keguguran.“Kejadian berlaku pada akhir Mac lalu ketika kandungannya memasuki usia tujuh minggu,”
Walapun sebelum ini rumahtangga mereka dilanda masalah namun jodoh mereka berdua tetap kuat dan kejadian yang berlaku memberikan pengajaran kepada mereka sekaligus mengeratkan lagi hubungan mereka sebagai suami isteri.
“Apa yang terjadi dalam rumah tangga kami sebelum ini ada hikmah disebaliknya selain ia menjadi pengajaran buat kami berdua.“Alhamdulillah kami kini lebih matang dalam menjalani kehidupan sebagai suami-isteri dan berharap semua dapat mendoakan kebahagian kami,”
Mendengar kisah mereka yang telah lama berusaha mendapatkan anak tetapi akhirnya keguguran membuatkan hati penulis juga memahami perasaan sedih tersebut. Mana-mana wanita yang mengalaminya pasti hampa lebih-lebih lagi telah lama inginkan anak. Apa yang terbaik dalam melupakan kisah tersebut ialah redha dan sentiasa berdoa agar Allah memberikan rezeki tersebut pada saat yang tepaT
0 comments:
Post a Comment