Penduduk di China mengalami kejadian mengerikan yang sering digambarkan sebagai akhir dunia di filem-filem Hollywood. Bandar Aershan diterangi langit merah dan dari sana turunlah hujan lumpur.
Fenomena alam itu berlaku pada pukul 14.00 waktu tempatan pada Rabu (15/4) lalu di Inner Mongolia. Hujan aneh itu berlangsung selama 50 minit hingga langit akhirnya kembali berwarna normal.
Tidak ada orang yang memahami apa yang terjadi, bahkan mereka mulai takut itu adalah petanda kiamat. Kerajaan tempatan juga mengkaji tentang kejadian hujan berwarna gelap itu. Namun foto-fotonya telah merebak di internet minggu lalu.
Banyak penduduk mulai memperhatikan masalah kesihatan kerana hujan tersebut.Kebanyakan orang menghubungkan kejadian ini dengan ribut pasir yang menyerang Beijing pada hari yang sama.
0 comments:
Post a Comment