Info Buah Pisang

loading...

Friday, 24 April 2015

Filled Under:

ADIK NAJIB SOKONG TUN MAHATHIR :: "YOURE NOT ALONE"



Adik bongsu perdana menteri, Datuk Seri Nazir Razak memilih gambar kulit album 'You are not alone' oleh penyanyi pop mendiang Michael Jackson untuk dikongsi di laman sosial.Gambar tersebut menjadi perhatian apabila beliau memuatkannya dengan komen "kini muncul dalam politik Malaysia". 

Perkara itu menimbulkan pelbagai spekulasi kerana ia muncul selepas aduan perdana menteri Tun Dr Mahathir, yang banyak melancarkan serangan ke atas abangnya, Datuk Seri Najib.Mahathir pada minggu lalu mengeluh kerana berasa "sendirian" dalam usaha untuk mendapatkan penjelasan dari Najib atas isu yang dibangkitkan. Aduan Mahathir itu disambut dengan sokongan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang berkata Mahathir tidak keseorangan dalam usaha itu.Nazir memuatkan gambar kulit album hit Michael Jackson itu semalam di Instagram, tidak lama semalam selepas Muhyiddin menyatakan sokongan tersebut.Tindakan itu mencetus pelbagai tanda tanya, memandangkan sebelum ini timbul laporan bahawa hubungan Najib dan adik beradiknya terjejas. 

Adik beradik Najib malah terpaksa mengeluarkan kenyataan bagi menjawab dakwaan Pejabat Perdana Menteri bahawa kekayaan PM dan keluarganya adalah daripada harta warisan.Ini kerana, Pejabat Perdana Menteri mengaitkan harta tinggalan bapa mereka, allahyarham Tun Razak Hussein dalam jawapan kepada satu laporan The New York Timesberhubung sumber kekayaan Najib. 

Adik beradik Najib itu terpaksa menjelaskan bahawa Abdul Razak sentiasa berjimat cermat dan cakap-cakap mengenai kekayaan bapa mereka akan mencemar nama negarawan tersebut.Laporan The New York Times itu antara lain membandingkan koleksi beg tangan mewah dan barang kemas isteri PM, Datin Seri Rosmah Mansor dan gaji Najib - US $ 100,000 (RM370,000) setahun. 

Laporan berkenaan turut memperincikan mengenai seorang anak Rosmah dari perkahwinan terdahulu, Riza Aziz, yang muncul sebagai penerbit filem terkemuka Hollywood.Ini termasuk pembelian apartmen US $ 33.5 juta (RM117.5 juta) di New York dan sebuah rumah di Beverly Hills bernilai sekurang-kurangnya US $ 17.5 juta (RM61.5 juta) walau hanya bekerja sebagai pegawai rendah di sebuah bank sebelum ini.Dalam satu tulisan di blog hari ini, Mahathir turut membangkitkan mengenai kemewahan oleh Najib dan Rosmah.Kredit





0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...