Ipoh: Polis berjaya kenal pasti suspek yang memukul kanak-kanak dalam video yang menjadi viral di laman sosial sejak beberapa hari lalu dan menahannya di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, sisatan kini sedang dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
"Satu laporan polis dibuat pada 19 April lalu oleh seorang perempuan iaitu saudara kepada mangsa.
"Polis sudah kenal pasti suspek iaitu seorang perempuan berusia 17 tahun yang juga ibu kepada mangsa," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Menurutnya, kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya.
Rakaman video kanak-kanak didera yang tersebar di laman sosial mencetuskan kemarahan orang ramai yang meminta pihak berkuasa mengambil tindakan kepada pelakunya.
Rakaman video berdurasi 48 saat itu, memaparkan kelibat bayi tidak berbaju dan hanya memakai seluar panjang berwarna kekuningan masih meniarap menangis akibat dipukul seorang wanita yang tidak nampak kelibatnya.
Menerusi rakaman suara dalam video berkenaan wanita itu tanpa perikemanusiaan menampar muka dan badan bayi itu sambil mengeluarkan perkataan 'diam' dan 'mampuih' berkali-kali tanpa menghiraukan raungan bayi yang tidak berdosa itu.

0 comments:
Post a Comment