Info Buah Pisang

loading...

Wednesday, 22 April 2015

Filled Under:

(VIDEO) TEBUK LUBANG PADA LEMBU BUAT KAJIAN. LEMBU MERANA TERSEKSA


KEJAM ! TEBUK PERUT LEMBUT BUAT LUBANG UNTUK 'KAJIAN GILA'

Lembu-lembu berlubang atau juga dikenali sebagai lembu dengan tingkap merupakan lembu yang ditebuk lubang di bahagian tepi perut.

Tujuan lubang 'kejam' tersebut dibuat dikatakan untuk membantu proses kajian yang dilakukan oleh pakar bagi menghasilkan produk tenusu lebih berkualiti.

LIHAT VIDEO DI SINI  = https://youtu.be/CAiXVb4purY

Lembu-lembu yang ditebuk itu akan diperhatikan proses penghadamannya melalui lubang itu dan beberapa makanan akan diberi makan sebelum memilih makanan yang terbaik membantu penghasilan susu yang banyak dan berkualiti.

Teknik kejam ini juga dikatakan membolehkan penyelidik untuk meningkatkan jangka hayat lembu tenusu dan memerhatikan bagaimana cepat ia menghadamkan makanan, memerhatikan proses  tindak balas kimia bagi setiap makanan yang diberikan.

Melalui proses ini pengeluar susu tahu apa kadar "pengeluaran" susu lembu, yang membolehkan mereka menukar makanan pada hari-hari yang berbeza.

Proses ini juga dikatakan dapat membantu mengawal berat ideal bagi lembu-lembu dan menghasilkan daging yang lembut apabila disembelih nanti.

Bagaimanapun ramai orang tidak faham mengapa lubang kejam ini perlu dilakukan terhadap haiwan untuk ujikaji dan kegunaan orang ramai. Adakah ini satu fakta bahawa teknologi yang dicipta oleh manusia sebenarnya tidak berupaya menyelesaikan masalah ini sehingga haiwan diperlakukan demikian.






0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...