NAMPAKNYA rakyat Malaysia sejak akhir-akhir ini asal kemalangan je, mesti nak bergaduh.
Bila dah mula bergaduh tu, orang ramaiyang berada di lokasi lebih suka melihat pergaduhan dari meleraikan.
Sesungguhnya, tersangat mulia amalan manusia yang sebegini.
Anda lihatlah sendiri bagaimana seorang lelaki Cina lingkungan umur 50-an ini dipukul menggunakan sebatang kayu besar sehingga menyebabkan kepalanya berdarah teruk.
Rakaman video yang didakwa berlaku di Petaling Jaya, mula tersebar melalui laman sosial sehingga menimbulkan rasa simpati orang ramai.
Menurut maklumat yang diterima, kejadian ini berpunca daripada kemalangan kecil yang seterusnya membuatkan aksi pergaduhan antara mangsa dan pemilik kenderaan yang dilanggarnya.
Melalui pengamatan kami, pada mulanya mangsa yang merupakan lelaki berbangsa Cina lingkungan 50-an cuba memohon maaf sejurus kereta yang dipandunya melanggar kereta suspek.
Bagaimanapun suspek yangberusia lingkungan 30-an itu bertindak menendang perut mangsa hingga menyebabkan mangsa hampir terjatuh.
Terkejut dengan tindakan lelaki itu, mangsa berang sebelum mencari sesuatu di kawasan berhampiran.
Mangsa kemudian mengambil sebatang kayu sebelum mengejar suspek mengelilingi sebuah kereta.
Merekakemudiannya berbalas hayunan kayu sebelum suspek memukul kepala mangsa menggunakan sebatang kayu lain.
Hentaman kuat itu menyebabkan mangsa terkulai serta-merta di tayar kereta berhampiran.
Bagaimanapun orang ramai yang berada di lokasi seakan menonton bola sepak di mamak sahaja apabilamelihatkan gelagat kedua lelaki terbabit tanpa menghulurkan bantuan.
Mujurlahseorang lelaki yang dipercayai seorang pengawal peribadi bertindak memarahi suspek dan mengarahkan berhenti menyerang mangsa.
Di pengakhiran video,kedengaran seorang penontonyang berada di lokasi berkata.
Angkatpergi hospital dulu la, katanya.
Buatnya uncle tersebut mati sejurus kepalanyadipukul? Bawak pergi hospital pun dah tak sempat la bro.
0 comments:
Post a Comment