Info Buah Pisang

loading...

Monday, 20 April 2015

Filled Under:

LUAHAN HATI RAKYAT YANG INGINKAN TUN MAHATHIR MENJADI PERDANA MENTERI SEMULA

Bagi yang pernah merasai zaman pentadbiran Tun Dr Mahathir semasa beliau menjadi Perdana Menteri, pastinya merinduinya. Mana tidak, segala-galanya terasa bagaikan aman damai, ekonomi lancar dan menyenangkan. Meskipun ada suara-suara kecil yang tidak berpuas hati dengan sesetengah perkara, pasti dapat diselesaikan dengan segera dan profesional. 

Zaman Tun Dr Mahathir menjawat jawatan Perdana Menteri amat menyenangkan rakyat dan negara. Kenyataan itu juga tidak dinafikan oleh pembangkang yang turut menikmati kesenangan yang dibawakan oleh Tun Dr Mahathir. 

Namun, setelah Tun Dr Mahathir mengundurkan diri, 'banyak kerosakan' yang berlaku. Bukan nak menunding jari pada pemimpin selepasnya tetapi itulah hakikat kebenaran yang harus diterima oleh semua. 
Membaca luahan hati lelaki ini juga membuatkan kami terasa mahukan Tun Dr Mahathir kembali menjawat jawatan penting itu berbanding pemimpin yang sedia ada. Namun, orang-orang kuat Tun, pernah menasihati kami agar tidak lagi merindui zaman-zaman Tun dan biarkan ia berlalu dan menjadi kenangan. 

Tun Dr Mahathir juga pernah berkata yang beliau tidak akan kembali lagi menjawat jawatan Perdana Menteri.

“Nauzubillahiminzalik, jika saya dilantik menjadi PM, saya akan terus letak jawatan semula, saya dah tua. Itulah saya nak jadi Agung depa tak bagi, kalau tak jadi Sultan Mahathir Shah (dalam keadaan berseloroh)” kata Tun Dr Mahathir.

Tun telah meletakkan satu benchmark di mana pemimpin pengganti beliau mestilah “at par” atau lebih baik daripada beliau. Namun, sehingga kini belum ada individu yang boleh mencapai benchmark itu.




0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...