Info Buah Pisang

loading...

Thursday, 23 April 2015

Filled Under:

AKIBAT PIL DIET, ORGAN DALAM CAIR DAN MENYEBABKAN KEMATIAN

ORGAN dalaman seorang wanita berusia 21, Eloise Aimee Parry  ‘melebur’ kesan daripada ubatan bertoksik tinggi yang dikenali sebagai Dinitrophenol atau DNP.

Memetik laporan Metro.UK, Eloise yang mula berasa kurang bermaya pada 12 April selepas mengambil lapan tablet itu telah memandu sendirian ke Hospital Royal Shrewsbury untuk berjumpa doktor.

Menurut pihak perubatan, organ dalaman Eloise rosak akibat pengambilan pil diet berlebihan.

Difahamkan, lapan tablet yang diambil oleh gadis itu telah melebihi batas dos berbahaya.

Selepas doktor menjalankan pemeriksaan untuk mengesan tahap toksin dalam badan gadis itu, Eloise diberitahu bahawa tiada penawar untuk sakitnya dan keadaanya semakin tenat.

Walaupun pihak doktor cuba sedaya upaya untuk mengubatinya, Eloise yang lebih dikenali sebagai Ella meninggal dunia tiga jam kemudian.

Tidak mahu perkara itu berulang, ibu gadis tersebut, Fiona hari ini mengeluarkan surat amaran berkenaan pembelian pil diet di internet.

Dalam surat tersebut, Fiona melahirkan rasa sedih atas pemergian anaknya dan menceritakan apa yang berlaku sebelum Eloise menghembuskan nafas terakhirnya.

Menurutnya, keadaan pada pagi itu seperti biasa sehingga Eloise merungut tidak sedap badan sebelum bertolak ke hospital.

Kecewa dengan perbuatan anaknya, Fiona menyatakan orang ramai harus berhenti mengambil pil diet kerana pil-pil sebegini boleh membawa maut.

Sementara itu, berita ini turut mengundang pelbagai reaksi pengamal media sosial. Kebanyakan mereka meluahkan rasa simpati terhadap pelajar tersebut dan tersentuh dengan surat yang ditulis oleh ibu mangsa.





0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...