Info Buah Pisang

loading...

Wednesday 14 September 2016

Filled Under:

WANGIAN KERETA SENGSARA. TAHUKAH ANDA PEWANGI DAN PENYEGAR KERETA TIRUAN PENYEBAB MANDUL?RAMAI YANG MEMBELI TANPA USUL SELIDIK.

gambar hiasan
Orang ramai boleh menjadi mandul kesan menggunakan minyak wangi berjenama terkemuka tiruan berikutan ada antaranya dicampur kimia beracun benzyl salycilate.
Difahamkan kimia bersifat wangi ini biasanya digunakan di dalam wangian diletakkan di bangunan atau campuran di dalam cecair pembersih lantai di rumah.
Kimia yang boleh menghasilkan bauan segar menyerupai buah strawberi ini disahkan pakar perubatan boleh merosakkan hormon seksual pada manusia serta menjadi penyebab kanser.
Kebiasaannya sindiket yang menghasilkan minyak wangi jenama terkenal tiruan akan mencampurkan kimia bersama alkohol dengan pelbagai kimia lain sebelum dipasarkan.


Dalam kes terbaru semalam, lima peniaga minyak wangi tiruan dan kosmetik jenama terkenal cetak rompak di Chow Kit di sini diserbu anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kuala Lumpur.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.




0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...