Info Buah Pisang

loading...

Wednesday 14 September 2016

Filled Under:

NAUZUBILLAH..RAMAI YANG TIDAK TAHU APA YANG HARUS DIBUAT JIKA KANDUGAN TERDAPAT VIRUS ZIKA. KEJAM,RAKYAT DIGESA GUGUR KANDUNGAN ZIKA.RAKYAT TIDAK BERSETUJU DAN MAHUKAN PENJELASAN


Putrajaya: Kementerian Kesihatan akan mengadakan perbincangan dengan Majlis Fatwa Kebangsaan minggu depan berhubung pendirian bersama mengenai pengguguran bagi ibu yang dijangkiti virus Zika yang boleh menyebabkan bayi dijangkiti mikrocephali dan mengalami kecacatan.
Menterinya Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, Kabinet mengarahkan kementerian membincangkan perkara itu dengan Majlis Fatwa bagi mendapatkan konsensus kebangsaan bagaimana mengendalikan isu itu.
Beliau berkata setakat ini hanya seorang mufti tampil memberi penjelasan mengenai perkara itu dan undang-undang sedia ada di negara ini hanya membenarkan pengguguran jika ia merisikokan nyawa ibu.
"Terdapat cadangan daripada Kabinet untuk Majlis Fatwa membincangkan secara terperinci isu itu, dan juga untuk mendapatkan input perubatan dan saintifik daripada kami dan mencapai konsensus kebangsaan.
"Sebaik konsensus kebangsaan dicapai, komponen saintifik dan kalangan pakar perubatan akan berbincang dan mengeluarkan nasihat berdasarkan perbincangan itu," katanya pada sidang media mingguan beliau di sini, hari ini.
Dr Subramaniam diminta mengulas kenyataan mufti Wilayah persekutuan bahawa ibu mengandung yang dijangkiti virus Zika dibenarkan melakukan pengguguran.
Beliau berkata, antara 1 September sehingga hari ini, kementerian memantau 79 orang yang dikesan mempunyai simptom Zika tetapi ujian darah dan air kencing mereka menunjukkan negatif.
Simptom jangkitan Zika termasuk demam, ruam, sakit sendi, konjunktivitis (mata merah), sakit otot, pening, sakit di bahagian belakang mata dan muntah.




0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...