Info Buah Pisang

loading...

Wednesday 14 September 2016

Filled Under:

ASTAGFIRULLAH KANAK KANAK PEREMPUAN DIDERA SEHINGGA NAMPAK TEMPAT YANG TIDAK SEPATUTNYA! LIHAT GAMBAR INI..



Kuala Lumpur: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret Selayang di sini hari ini, atas pertuduhan mengabai dan mendera seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun, bulan lalu.
Shahrul Nizam Amad Kamal, 26, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Izzah Hasan Basri.
Shahrul Nizam didakwa mengabaikan seorang kanak-kanak sedangkan dia dipertanggungjawab menjaga mangsa dan menyebabkan kecederaan fizikal terhadap mangsa di sebuah rumah asuhan di Selayang Baru, Batu Caves, Gombak di sini antara 11 pagi hingga 4.50 petang pada 20 Ogos hingga 28 Ogos lalu.
Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Khairul Azhwa Yusrie Mohamad menawarkan wang jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin.
Shahrul Nizam yang diwakili peguam Izleen Ismail memohon mahkamah mengurangkan jumlah itu dengan alasan tertuduh anak sulung daripada tiga beradik tiada kemungkinan melarikan diri kerana dia tinggal bersama keluarganya.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 14 Oktober untuk sebutan semula kes.




0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...