Info Buah Pisang

loading...

Tuesday 20 September 2016

Filled Under:

INNALILLAH. Gambar Berikut Menunjukkan Satu Kemalangan Menyebabkan Seorang Murid Meninggal Sebelum Masuk Ke Sekolah Di Paka Hari Ini


DUNGUN: Seorang murid Tahun Empat Sekolah Kebangsaan Santong Paka, maut selepas dilanggar sebuah kereta di Kilometer 7.8, Jalan Paka-Bandar Al Muktaffi Billah Shah (AMBS), dekat Paka, pagi ini. 


Nahas berlaku ketika Muhamad Syamil Harun, 10, yang tinggal di Kampung Santong dipercayai melintas jalan di depan sekolahnya, pada jam 7.10 pagi, selepas dikatakan turun dari kenderaan bapanya yang berhenti di seberang jalan. 


Ketika melintas, sebuah kereta yang dipandu seorang wanita dari arah Santong ke Paka gagal mengelak sebelum merempuh mangsa. Mangsa yang berpakaian baju pengakap parah di kepala, meninggal di tempat kejadian. 

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahkan kejadian. Katanya, jenazah mangsa dibawa ke Hospital Dungun untuk siasatan lanjut.

Sumber : BHarian




0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...