Info Buah Pisang

loading...

Wednesday, 14 September 2016

Filled Under:

SERAM?PERNAH ADA BUNYI ATAS BUMBUNG?BUNYI MAIN GULI?BUNYI BENDA DISERET PERABOT?SETIAP MASALAH PASTI ADA PENYELESAIANNYA. JOM KITA LIHAT CARA ATASINYA.





Antara kes-kes gangguan yang pernah dirujuk pada saya ialah masalah rumah atau premis yang mengalami gangguan.
Jadi, dalam artikel kali ini, saya akan kongsikan dengan anda apakah tanda-tanda yang biasanya dialami apabila rumah atau premis perniagaan anda mengalami gangguan jin.
1) Bau wangian/kemenyan/busuk/hanyir/hangit yang tidak diketahui puncanya.
2) Bayi kerap menangis bila berada di dalam rumah/premis perniagaan.
3) Benda bergerak atau berubah tempat dengan sendirinya.
4) Bunyi paip air dibuka di tandas atau di bilik air.
5) Bunyi perabot, benda berat, tukul besi diseret atau dihempas di rumah atas. Ini biasanya berlaku pada rumah flat, apartment atau kondominium.
6) Bunyi guli, bola ping-pong, menumbuk dengan lesung di rumah atas. Juga biasanya berlaku pada rumah flat, apartment atau kondominium.
7) Bunyi orang berjalan di bahagian atas rumah. Ini kalau rumah dua tingkat.
8) Bunyi pasir, benda berat jatuh di atas syiling atau bumbung rumah.
9) Bunyi sesuatu mencakar bumbung, pintu atau tingkap.
10) Kedai atau pejabat tidak dapat dilihat oleh pelanggan. Ada sesetengah kes yang melaporkan pelanggan melihat kedai mereka seperti tidak beroperasi (tutup).
11) Lampu atau alat eletrik terpadam dengan sendiri.
12) Makanan yang telah dimasak mudah menjadi basi.
13) Melihat lembaga, jin, atau hantu secara terus.
14) Mendengar suara berbisik, menyergah atau memanggil nama.
15) Nampak kepulan asap hitam, atau putih di dalam rumah atau premis perniagaan.
16) Pintu atau tingkap bergegar atau terbuka dengan sendirinya.
17) Rasa gelisah tanpa sebab bila berada di dalam rumah atau premis perniagaan.
18) Sering terasa seram bila berseorangan di dalam rumah atau premis perniagaan.
19) Selalu melihat kelibat/bayangan di dalam rumah atau premis perniagaan.
20) Sering kehilangan wang secara tiba-tiba.
21) Sering terjaga di waktu malam atau tengah malam.
22) Seseuatu menyentap kaki semasa sedar atau ketika tidur.
23) Suami isteri/penghuni rumah/pekerja kerap bertengkar walaupun disebabkan perkara kecil.
24) Suhu di dalam rumah atau premis perniagaan terasa aliran bahang panas.
25) Tanda lebam pada anggota badan.
26) Terasa ada lembaga tidur bersama, bersetubuh, menggangu ketika sedang tidur.
27) Terasa diri selalu diperhatikan atau diekori.
28) Terasa bahu ditepuk dari belakang.
29) Terasa terkena renjissan air.
30) Udara di dalam rumah atau premis perniagaan berasa mampat dan sebagainya.
Penting untuk saya jelaskan pada anda di sini, jika rumah atau premis perniagaan anda mengalami sekurang-kurangnya tiga dari tanda-tanda di atas, segeralah berjumpa dengan perawat Islam yang diyakini kaedah rawatannya untuk mendapatkan ikhtiar rawatan.
Selain itu, ada sesetengah tanda di atas menunjukkan yang gangguan sebenarnya berada di dalam diri pesakit, bukan pada rumah atau premis perniagaan. Jadi dalam kes ini, pesakitlah yang perlu dirawat terlebih dahulu.




0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...