Info Buah Pisang

loading...

Wednesday 12 August 2015

Filled Under:

KESIHATAN :: FAKTOR UTAMA ORANG MUDA TERKENA GOUT. UMUR 25 SUDAH KENA GOUT.APA NAK JADI

Gaya Hidup Masakini Punca Gout
Penyakit Gout biasanya berlaku akibat daripada dua faktor iaitu asid urik berlebihan dalam badan dan kedua asid urik yang tidak dibuang secara berkesan dalam badan.Asid urik yang berlebihan akan menyebabkan ia membentuk jarum-jarum kristal pada sendi sendi dan sakit serta ia mungkin juga akan terbentuk pada tempat lain. Akhirnya juga mungkin boleh menyebabkan batu karang dalam buah pinggang.

Serangan penyakit gout ini juga boleh berlaku dalam keadaan tiba- tiba dan tanpa mempunyai sebab yang ketara. Tetapi dalam keadaan tertentu juga, serangan penyakit gout juga boleh berlaku iaitu kekurangan air dalam tubuh bila makan secara berlebihan, minum air beralkohol,kecederaan pada sendi dan juga selepas pembedahan.

Serangan tiba-tiba menjadi lebih ketara bila tengah malam iaitu pesakit merasa sejuk seperti disiram air sejuk di tempat sakit dan ini akan menyebabkan mereka mengigil dan demam dan ini mungkin akan berlaku seminggu dua minggu dan kemudiannya akan berhenti secara sendirinya rasa sakit.

Faktor Utama :
1) Asid urik berlebihan dalam badan
2) asid urik tidak dibuang dengan berkesan dalam badan

Tanda-tanda penyakit gout menyerang

Sakit sendi yang datang secara tiba-tiba terutamanya pada bahagian ibu jari kaki, lutut dan pergelangan kaki
Sendi membengkak,kaku serta menjadi panas dan merah secara serta merta bila disentuh dan menyebabkan pesakit menjadi demam
Benjolan akan timbul dekat sendi serta cuping telinga yang disebabkan oleh timbunan asid urid yang mungkin kelihatan seperti kapur
Penyakit ini terlalu menyakitkan dan dalam kebanyakan kes, hanya menjejaskan satu sendi, khususnya ibu jari kaki.




0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...