Info Buah Pisang

loading...

Wednesday, 12 August 2015

Filled Under:

NAZRI AZIZ MAKI NURUL IZZAH DENGAN PERKATAAN 'BODOH'

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz menyifatkan tindakan PKR memfailkan saman terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai perbuatan bodoh.

Malah, beliau berkata parti pembangkang itu tidak faham undang-undang pilihan raya.

“Ini adalah satu perbuatan bodoh daripada PKR.

“Dia (Nurul Izzah) budak-budak, baru jadi ahli Parlimen dan tidak faham undang-undang,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan seminar Pemeliharaan Arkib Digital di Arkib Negara hari ini.

Tegas Nazri, PKR dituntut membuktikan bahawa setiap calon pilihan raya lalu membelanjakan lebih RM200,000 seperti didakwa mereka.

“Jadi, apa salahnya kerajaan? Dan bolehkah dia (PKR) buktikan yang setiap calon belanja lebih daripada RM200,000?

“Tetapi jika sebelum pilihan raya atau selepas pilihan raya kalau nak belanja RM10 juta pun biarlah,” katanya.

PKR hari ini memfailkan saman terhadap Najib atas dakwaan melakukan kesalahan pilihan raya susulan kemasukan wang RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya.

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata saman itu difailkan di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, hari ini, melalui peguam Tommy Thomas.

Ia juga difailkan terhadap Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, syarikat pelaburan negara 1MDB dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Selain Izzah, saman sivil itu dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, PKR dan pemimpin pembangkang Dr Dzulkefly Ahmad, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Tian Chua




0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...