Kecoh juga dunia hiburan apabila wujudnya dakwaan yang pelakon popular, Fizz Fairuz cuba menggoda pelakon muda bernama Fara Mendoza melalui aplikasi WeChat — tersebar luasscreenshot perbualan mereka.
Fizz Fairuz sendiri sudah pun keluarkan kenyataan yang beliau tidak mengenali siapakah gadis tersebut tetapi Fara Mendoza memberikan kenyataan mengesahkan yang mereka sebenarnya saling mengenali dan pernah berjumpa.
Melalui satu kemaskini terbaru (yang kini sudah dipadam) di Instagram, isteri kepada Fizz Fairuz iaitu Almy Nadia menulis ayat menyindir Fara Mendoza sebagai seorang yang sedang mencari publisiti murahan kerana status kurang popularnya.
Kemaskini tersebut turut diiringi hashtag #jangankacaurumahtanggaaku yang kami kira sebagai satu amaran buat Fara Mendoza dari Almy Nadia sendiri.
Walaupun status tersebut sudah dipadam Almy Nadia, namun kami dapat rasakan yang pelakon ini turut sedih dan terkilan dengan pendedahan yang dibuat oleh Fara Mendoza dan berharap semua ini sebagai tidak benar. Bertabahlah Almy Nadia.
KUALA LUMPUR - Kecewa dengan penafian pelakon, Fizz Fairuz, suami kepada Almy Nadia, kononnya tidak mengenali dirinya, sekali lagi Fara Mendoza tampil bersuara menafikan pembohongan artis itu.
Berkata kepada Berita Harian, Fara menjelaskan bahawa dia mempunyai bukti kukuh bahawa lelaki itu mengenali dirinya berdasarkan bukti perbualan mereka di WeChat.
"Eh kenapa pula dia (Fizz) cakap tak kenal saya? Saya ada bukti perbualan kami di WeChat. Kenapa dia nak tepis cerita ini sampai menafikan perkara yang benar?
"Janganlah buat begini. Tapi tujuan saya ini tidak berniat untuk merosakkan rumah tangga mereka. Saya juga tidak berniat memuat naik paparan skrin itu di WeChat sehingga menjadi besar sebegini.
"Niat saya memuat naik paparan skrin itu memang saya sifatkan sangat bodoh tapi atas paksi untuk memberitahu dia (Fizz) agar jangan menganggu saya lagi. Saya padamkan paparan skrin itu tapi tak sangka ia terlebih dahulu disimpan dan disebarkan.
"Mungkin juga ada yang jadi kawan saya di WeChat yang sudah sabotaj kami," katanya.
0 comments:
Post a Comment