Info Buah Pisang

loading...

Saturday, 1 October 2016

"Saya RATAH Anak Gadis saya 8 JAM SEHARI !!" Bapak sendiri MERATAH Penuh Nafsu Anak sehingga Hampir MATI.


KUALA LUMPUR - Kedatangannya ke ibu kota mahu mencari masa depan yang cerah bertukar menjadi mimpi ngeri remaja perempuan berusia 16 tahun dari Sarawak itu dirogol berulang kali dan diserang oleh bapanya di kediaman sewanya di rumah kedai, Lorong Haji Taib 1, Chow Kit. 

Lapor The Malay Mail Online, bapa mangsa berusia 38 tahun yang menjual buku keagamaan turut memukul mangsa dengan tukul, mencekik dan mengancamnya dengan pisau bagi memastikan mangsa tidak memaklumkan kepada sesiapa mengenai perbuatan kejinya itu. 

Mangsa yang berasal dari Lundu itu difahamkan datang ke Kuala Lumpur untuk melanjutkan pelajaran. 

Namun, pengalaman ngerinya itu bermula 8 jam selepas dia sampai ke rumah bapanya, pada 26 Ogos lalu. pada jam 12.05 pagi, suspek telah melakukan serangan seksual dan memaksa mangsa melakukan oral seks sebelum merogol mangsa yang cuba meronta untuk melepaskan diri. 

Menurut sumber polis, suspek merogol mangsa beberapa kali dalam tempoh tiga minggu sehingga mangsa diselamatkan pada Khamis lalu. 

"Mangsa ditampar, dicekik, ditendang dan lututnya dipukul dengan tukul serta lehernya diacu dengan pisau agar dia tidak melaporkan kejadian itu kepada sesiapa. 

"Mangsa yang bekerja di sebuah kedai borong yang berhampiran bagi mencari pendapatannya sendiri hanya tinggal tidak beberapa jauh dari Balai Polis Chow Kit. Namun mangsa terlalu takut untuk meminta bantuan," kata sumber. 

Seorang jiran yang tinggal berhampiran kediaman mangsa memaklumkan kepada ibu mangsa selepas mendengar remaja itu menangis. Ibu mangsa kemudian membuat laporan polis di Lundu  pada 8 September lalu. dan percaya bahawa anak gadisnya telah diserang. 

"Ibu mangsa memberikan alamat yang kurang jelas menyebabkan kami sukar menjejaki mangsa. Namun pada Khamis yang lalu kami diberikan lokasi yang sebenar." 

Sumber yang lain berkata, pihak berkuasa mengetuk pintu kediaman suspek pada waktu tengah hari Khamis. Namun tiada sebarang jawapan yang diberikan. 

Polis kemudian terpaksa memanjat saluran udara sebelum memecah masuk ke bilik suspek dan menemui suspek bersama anak gadisnya itu. 

"Ketika ditemui, mangsa menangis dan berlari memeluk pegawai polis wanita yang turut serta dalam serbuan itu. Terdapat kesan lebam di dahi serta kesan kelar di lehernya."

Suspek menafikan semua dakwaan tersebut dan menegaskan bahawa dia hanya memeluk anaknya agar remaja itu tidur kerana mangsa terlalu rindukan rumahnya di Sarawak. 

Mangsa kemudian dibawa ke balai polis bagi merakam keterangannya. Menurut mangsa, dia tidak berani mendapatkan bantuan dari pihak polis dan rakannya kerana terlalu takut dengan bapanya. 

"Kami percaya bahawa dia telah dirogol lebih dari 10 kali. Mangsa juga mungkin telah dipukul tanpa belas kasihan oleh bapanya agar tidak membuka mulut mengenai perbuatan bapanya itu." 


Suspek yang ditahan reman pada 18 September 2016,  pernah ditahan sebelum ini di atas penyalahgunaan dadah. - The Reporter


"Main dengan BANGLA Best, Lelaki Melayu semua PONDAN, sembang Lebih," Wanita Melayu Islam boleh cakap camni. Siap UPLOAD Gambar dengan bangla atas katil. GILA !







"ADIK NAK AYAHH" ALLY ISKANDAR MENANGIS TENGOK KEADAAN TERBARU ANAKNYA YANG AMAT MENYEDIHKAN. kehilangan kasih sayang memang buat anak kecil ini merana. Kasihannya TENGOK. Semua orang akan menitis air mata tengok keadaan terbaru anaknya ini.


"Sekeping omma membawa diri," demikian kata Farah Lee atau nama sebenarnya Nurfarahin Romli di FBnya mengenai kehidupannya selepas bercerai talak satu dengan personaliti TV3, Ally Iskandar pada 17 Ogos lalu. 

Sejak bercerai, Farah yang mempunyai seorang anak perempuan bernama Maream Esabel hasil perkahwinannya dengan Ally itu sering memuatnaik luahannya di FBnya. 

Antara luahan terbaru Farah Lee: 

Aku eja setiap huruf 
Setiap huruf itu menyembuh 
Basah hati, basahlah pipi 
Hairan 
Banyaknya sayang dari asing yang datang 
Rupanya nak sayang tak perlu mengenali 
Hanya perlu hati yang suci 

Salah magnet, menolak 
Betul susun, menarik 
Tapi yang Berkuasa itu Tuhan 
Dia yang menolak 
Dia yang menarik 
Sebab yang memegang yang merah di dalam 
Itu Tuhan 

Setiap dahan yang dipatahkan 
Pasti tumbuh semula yang cantik 
Kadang masih tumbuh di sama 
Kadang pula tumbuh di baru 
Tapi pasti ianya lebih cantik 
Sembuh 

Huruf tadi aku dah eja 
Maka aku tulis pula huruf yang baru 
Untuk kau yang sayang 
Moga kau juga di sayang Tuhan 

Kerana hebat kau mendoakan 


Friday, 30 September 2016

"Tolong Hati-Hati BENDA ni !! Sebab Benda ni MARUAH aku HABIS, di Tandas Awam PETRONAS aku kena Macam ni, Malu keluarga aku !!"





"SAYA KANTOI MENIPU,SAYA BERJUANG UNTUK BANGSA !! TENGOK RAMAI DAH BERJAYA !"


Asalnya saya tidak bercadang untuk komen kerana Puan Hajah Yasmin, CEO Richworks telah bersuara mengenai isu ini sebelum ini. Tetapi di atas permintaan ramai inbox saya terima dari anak murid saya, saya kongsikan di sini perasaan saya.
Saya rasa sedih pun ada, rasa kecewa pun ada, rasa marah pun ada. Itulah yang saya rasa beberapahari ini bila ada pihak tidak bertanggungjawab yang membuat viral provokasi kononnya [Dr Azizan kantoi menipu] di laman media sosial beberapa hari ini. Jujurnya saya agak terperanjat bila diberitahu ada lagi percubaan orang yang cuba fitnah dan memburukkan nama saya sedangkan saya baru sahaja selesai mengadakan sesi perkongsian ilmu bagaimana membina hidup berjaya dunia akhirat dengan kembali kepada sunnah berniaga selama 3-hari di satu program bernama Intensif Jutawan Industri bersama lebih 4,300 orang, tak ada pula saya dapat komen saya menipu di dalam program yang saya ada di hadapan mereka?
Rupa-rupanya ia satu isu basi yang cuba di “spin” kan untuk menarik orang ke laman web mereka. Isu cik peserta ini sebenarnya adalah satu salah faham yang telah pihak CEO baru Richworks iaitu Hjh Yasmin telah selesaikan sebelum ini cuma kesilapan kami ialah tidak meminta cik peserta tersebut menurunkan posting tersebut tetapi beliau telah menjelaskan di FB beliau yang ianya telah selesai dengan baik di kedua-dua pihak. Saya kecewa bukanlah kerana nama saya di promosikan begitu rupa, tetapi saya kecewa dengan sikap segelintir masyarakat saya yang mempunyai daya pemikiran yang sangat cetek. Saya mungkin dituduh menipu oleh 1 atau 2 orang dan boleh sembunyi daripada apatah lagi 4,000 lebih peserta yang hadir live bersama saya siang malam? Saya memperjuangkan agar bangsa saya bangkit membina kekuatan ekonomi dan kembali menguasai perniagaan serta membina tahap kewangan yang membuatkan kita mampu berzakat dan bersedekah dengan banyak. Salahkah saya? Jika anda tidak suka saya, sesi seminar saya bukan untuk anda tetapi buat mereka yang mahu memperbaiki tahap hidup mereka. Kita bangsa yang banyak hutang, banyak masalah moral, banyak persengketaan politik serta langsung tidak ada kekuatan ekonomi. Bila lagi kita mahu bangkit??
Nasihat saya kepada mereka, bertaubatlah jika anda muslim. Setiap perkara baik yang kita lakukan, malaikat catit dan pasti Allah swt balas, begitulah sebaliknya. Hidup ini tidak lama dan kita perlu menempuh kematian, alam barzah dan pertimbangan serta keadilan di Mahsyar nanti. Saya doakan hidayah buat mereka ini dan mereka yang terlibat menyebarkannya. Kesian sebenarnya kan? #DrAzizanOsman


VIDEO : LUAHAN CHE TA PERHABIS DUIT PERGI KELAS DR AZIZAN. LUAHAN JUJUR DARI CHE TA MEMBUKA MATA RAKYAT MALAYSIA




Tuesday, 20 September 2016

Astagfirullah!! Pengakuan Dari Seorang "Pak Haji" Diajak 'Main' Oleh Seorang Wanita Yang Sudah Mempunyai Suami Dan Anak.



BERCERITA hal ke luar negara, bila-bila pun pasti akan menghangatkan perbualan. Bagi orang perempuan, hangatnya adalah berkait dengan kegilaan semula jadi mereka - membeli-belah. Bagi lelaki, lain pula kesukaannya.

Orang lelaki paling gemar bercerita hal wanita apabila menyentuh topik kunjungan ke luar negara. Tak kira siapa. Seorang kawan saya yang selalu ke masjid, pun sangat suka bercerita topik ini. Tetapi ceritanya tidaklah macam geng hidung belang.Tersangat geli hati saya apabila mendengar dia bercerita hal wanita pelayan rumah makan di Indonesia yang katanya, jari mereka runcing-runcing belaka.

Sambil itu, dia turut menggayakan cara mereka menyenduk makanan yang menurutnya, tersangatlah indah dipandang! "Yang datang ke sini, jangan kira. Itu dari pulau-pulau. Nak tengok rupa sebenar perempuan Indonesia, jom pergi sana. Kita pergi Bandung, Jakarta atau Surabaya. Yang berselisih di jalan saja pun, kalau kat sini dah boleh jadi film star," katanya.

Seorang lagi kawan, lain pula ceritanya. Tatkala kawan yang tadi bersungguh-sungguh bercerita hal kecantikan wanita seberang, dia pula galak menempelak. "Ah! Mana adalah... yang aku nampak semua gemuk-gemuk je. Tak cantik langsung. Bedaah la haji ni," katanya. Kami yang mengelilingi meja warung tengah malam itu terbahak-bahak ketawa. Seorang kata cantik, yang seorang lagi kata tidak.

Memang, kedua-duanya dari kelompok yang suka melancong ke luar negara dalam pakej eksklusif untuk lelaki sahaja. Jadi, tidak boleh mudah buat kesimpulan bahawa rakan yang mengatakan wanita Indonesia gemuk-gemuk belaka itu jujur dalam kenyataannya. Itu mungkin hanya ayat pelindung!

Akhirnya setelah puas mereka bertekak, baharulah rakan ini mengatakan, dia mungkin sudah kena 'mandrem' dengan isterinya. "Aku teringat, setiap kali aku nak ke sana, bini aku selalu kata, mata tu jaga ye bang!" "Ayat tu dia tak pernah tinggal.

Mungkin juga dia ada 'mandrem' semua perempuan yang aku tengok di sana, aku nampak gemuk-gemuk belaka," katanya langsung mengundang ketawa kami jadi lebih kuat tengah malam itu.

Sekarang memang ramai orang kita yang berulang alik ke negara jiran, naik kapal terbang sudah macam keluar ke pekan. Penerbangan ke beberapa bandar di Indonesia dari KL sudah ada seawal jam 6 pagi. Pukul 8 sudah boleh sarapan di sana. Selesai urusan, petang sudah ada di KL semula. Bukan Indonesia sahaja, ke Vietnam, pun sama.

Sebab itu, antara urusan yang masyhur bagi lelaki di negara jiran ini selain wanitanya, adalah untuk tempah sut yang harganya berkali ganda lebih murah dari di negara kita. RM300 sudah boleh dapat sepasang sut yang tempahannya boleh siap dalam masa sehari.

Ada juga tukang jahit di sana yang simpan rekod ukuran kita untuk ditempah lagi pada bila-bila masa tanpa perlu ke sana. Dengan hanya merujuk rekod yang ada, tempahan disiapkan dan dihantar terus kepada kita melalui pos. Demikianlah cara mereka berniaga yang sekali gus membuatkan saya berasa hairan, mengapalah di negara kita sepasang sut teramat mahal harganya? Paling murah pun RM1,600.

Bercerita hal Indonesia, teringat cerita seorang ustaz perihal geng masjid di negara kita yang buat lawatan ke negara jiran itu. Ketika mereka sedang berehat di hotel, datang seorang lelaki bertanya: "Pak, apa bapak mau masjid?"

Mereka langsung mengiakan ajakan itu. Elok jugalah, boleh buat solat sunat tahiyat masjid dan tengok orang setempat berjemaah. Lalu lelaki itu minta mereka tunggu di kamar kerana katanya, nanti akan ada orang datang ajak mereka ke masjid. Tidak berapa lama menunggu, pintu bilik mereka diketuk. Sebaik dibuka, alangkah terkejut mereka masing-masing kerana yang mengetuk adalah wanita yang hampir tidak berpakaian. Sedikit sangat tutupnya.

Wanita itu pula pantas menarik tangan mereka masuk ke bilik, lalu menutup pintu. Kecohlah jadinya apabila wanita itu dihalau keluar!

Mereka pun mengadu kepada si penjaga. Apabila lelaki itu datang, dia bertanya: "Bapak-bapak, kenapa jadi ribut ya? Tadi bapak sendiri bilang mau masjid!"

"Tak ribut apanya, tadi awak ajak kami ke masjid. Tahu-tahu, mereka ni yang datang, masjid apa ke jadahnya?" kata ahli geng masjid itu. "Ya pak, emangnya masjit ya pak, massage sama pijit (picit), masjit. Saya nggak ngajakin bapak ke masjid tempatnya solat itu ya pak!"


loading...
loading...