Info Buah Pisang

loading...

Thursday, 10 September 2015

Filled Under:

MENARIK!! JOM BACA!!! Bakal pengantin ini kongsi tips JIMAT berbelanja di Jakarta...

Ibu kota Jakarta bukan sahaja menjadi tumpuan pelancong dari Malaysia untuk dikunjungi malah turut menjadi pusat membeli belah terutama bakal pengantin yang mahu membuat persiapan perkahwinan.

Namun untuk berbelanja di sana, bakal pengantin atau pengguna perlulah merancang mengikut bajet dan kemampuan supaya bajet perkahwinan anda tidak ‘burst’!

Baru-baru ini seorang bakal pengantin menerusi laman social Facebook miliknya bernama Zahrah Mazlan telah berkongsi pengalaman serta tips berbelanja yang sangat berguna untuk berjimat di Jakarta...

Menariknya, bakal pengantin ini hanya mengeluarkan bajet sebanyak RM2300 untuk membeli 20 pasang kain buat saudara maranya untuk digayakan pada hari perkahwinannya...

Malah dengan bajet itu juga dia dapat berbelanja keperluan lain untuk majlis perkahwinannya yang dijangka akan berlangsung pada November ini.

Lebih menjimatkan lagi, menurut Zahrah dia ke sana hanya menaiki penerbangan tambang murah dengan harga tiket RM399 untuk pergi dan pulang buat 3 orang. Tiket promosi itu dibeli lebih awal pada Mac lalu...

Tips yang diberikan sangat membantu bakal-bakal pengantin yang mahu bergaya di hari perkahwinan dengan kain lace yang cantik dan berkualiti tetapi dengan harga yang murah.







0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...