Info Buah Pisang

loading...

Thursday, 11 December 2014

Filled Under:

Pasangan Kanibal Kejam,,, Bunuh 2 Wanita ,,,, Buat Pai Guna Daging Mangsa dan Jual Kepada Sekolah !!!



KEJAM!! Pasangan suami isteri dan seorang wanita yang mengaku sebagai pengikut ajaran sesat telah melakukan suatu jenayah yang tidak boleh diterima akal apabila membunuh 2 orang wanita serta menggunakan cebisan daging mereka untuk membuat pai. Ketiga-tiga merka juga turut menjual sebahagian daripada pai berkenaan yang didakwa mengandungi inti tuna dan ayam kepada jiran dan beberapa premis termasuk sekolah di bandar Garanhuns...

Perbuatan kejam Jorge Beltrao Negromonte da Silveira, Isabel Cristina Pires dan Bruna Cristina Oliveira yang dipercayai perempuan simpanan Silveira terbongkar selepas mereka cuba menggunakan kad kredit milik salah seorang daripada mangsa, April tahun lalu...

Susulan daripada itu, pihak Polis segera menyerbu rumah mereka dan telah menjumpai sesuatu yang mengemparkan iaitu mayat dua orang wanita dalam keadaan yang mengerikan dan tidak sempurna...

“Sebuah jurnal setebal 50 muka surut berjudul Revelations of a Schizophrenic (Pendedahan penghidap skizofrenia) yang ditulis Silveira turut ditemui ketika serbuan itu dilakukan,” jelas jurucakap polis...

Silveira turut mendedahkan semasa disoalsiasat kononnya mereka adalah pengikut ajaran sesat yang melakukan ‘penghapusan’ di dunia dalam usaha untuk mengurangkan populasi manusia...

Dia mendakwa sering mendengar suara selain obses membunuh wanita...

Ketiga-tiga tertuduh mengaku memperdaya ramai wanita ke rumah mereka dengan menjanjikan tawaran pekerjaan sebagai pengasuh antara 2008 dan 2012....

Mereka dihadapkan di mahkamah dan jika didapati bersalah, ketiga-tiga tertuduh bakal dikenakan hukuman penjara 30 tahun....

Sumber: dailymail




0 comments:

Post a Comment

loading...
loading...