Info Buah Pisang

loading...

Monday, 29 December 2014

5 Keping Gambar Paling Mahal Dalam Sejarah Dunia ,Ketahui Keistimewaannya !!!!

Gambar-gambar paling mahal di dunia seperti yang dilaporkan dari sebuah blog Moneydonkey.net !!!


1 : Tobolsk Kremlin – $1.7 juta – Foto yang begitu bernilai bagi rakyat Russia dimana gambar ini diambil oleh Perdana Menteri Russia ketika itu Dmitry Medvedev...




2 : Billy the Kid – $2.3juta – Billy The Kid atau nama sebenarnya William Antrim, adalah seorang individu dikehendaki pada abad ke 19 yang terlibat dalam peristiwa Perang Lincoln County War...



3 : Untitled 153 – $2.7juta – Foto yang dirakam oleh seorang jurgambar dari Jerman Andreas Gursky pada tahun 1985.....


4 : The Pond – $2.9juta – Foto sebuah kolam yang diambil oleh jurugambar Edward Steichen pada tahun 1904, foto ini dianggap bernilai kerana keadaan kolam tersebut disebalik suasana yang menakjubkan....


5 : Dead Troops Talk – $3.7juta – Keadaan ketika tentera Russia diserang hendap oleh tentera Afghanistan pada tahun 1988....


6 : 99 Cent II Diptychon – $3.8juta – Gambar yang dirakam di sebuah pasaraya dimana harga promosi setiap barangan bernilai $0.099 yang diletakkan dalam pasaraya tersebut...


7 : Untitled 96 – $3.9juta – Foto yang dirakam oleh Cindy Sherman pada tahun 1981 antara foto yang paling bernilai di dunia....


8 : Rhein II – $4.3juta – Foto yang paling mahal di dunia setakat ini, foto ini telah dirakam oleh jurugambar Andreas Gursky pada tahun 1999 ini, foto ini diambil di sebuah tasiki Rhine dan terdapat beberapa imej simetri lapisan dari daratan rumput berwarna hijau hinggalah keadaan awan yang begitu menarik bagi penggemar foto.. ....





SUMBER : http://jiwakacaudot.blogspot.com


Saturday, 20 December 2014

Lebuhraya Berpuaka Ini Hanya Selamat Di Lalui Pada Musim Sejuk Sahaja !!!

Lebuhraya Amur-Yakutsk merupakan sebuah lebuhraya persekutuan yang terletak di Republik Sakha (Yakutia), Rusia yang menghubungkan Yakutsk dengan bahagian selatan. Walaupun ia merupakan lebuhraya persekutuan, ia hanyalah jalan tanah....

Apabila musim sejuk, ia akan menjadi sebuah jalan raya yang baik dan had laju yang diberikan adalah 70 kilometer sejam. Walaubagaimana pun, pada musim panas dengan kadar penurunan hujan yang kerap, jalan raya ini akan bertukar menjadi sebuah jalan lumpur yang mampu menyekat sebarang pergerakan kenderaan dari yang kecil hingga yang besar....

Dikatakan bahawa jalan ini akan menjadi permukaan yang berlumpur sedalam 1 meter setiap musim panas untuk 2 3 bulan (biasanya bulan Julai dan Ogos). Pada musim luruh pemukaan jalan ini akan membekukan kembali dan menjadi lebih baik...

Seperti yang anda dapat lihat dalam gambar di bawah, Lebuhraya Lena berada dalam keadaan yang cukup baik pada musim sejuk. Tetapi semasa di musim panas jalan ini bertukar menjadi lebuh raya yang mengerikan dan menakutkan....












SUMBER : nakbebel.com


Wednesday, 17 December 2014

MENGGELIKAN ! Rakyat Amerika buang 250 ribu tan sisa "chewing gum" di bangunan sekeliling

MENGGELIKAN! Rakyat Amerika buang 250 ribu tan sisa "chewing gum" di bangunan sekeliling.


Tidak pernah terlintas bagi sesiapa penduduk di dunia ini untuk melakukan apa yang telah dilakukan oleh rakyat Amerika Syarikat. Gula-gula getah rupanya dianggap sebagai masalah di Amerika. Sebabnya, kebanyakan masyarakatnya akan membuang gula-gula getah di mana-mana tempat selepas mengunyahnya. Bahkan, menurut kajian, sisa gula-gula getah yang dimakan rakyat Amerika boleh mencapai 250 ribu tan per tahun




Tapi siapa yang menyangka jika sisa-sisa gula-gula getah ini menjadi pemandangan yang indah di beberapa kawasan di Amerika. Tembok-tembok di Amerika  menjadi sasaran para pelancong kerana ratusan ribu gula-gula getah yang melekat di sana.Bubblegum Alley menjadi daya tarik bagi pelancong yang berkunjung ke San Luis Obispo, California. Dengan di kedua sisinya yang tingginya mencapai 4.5 meter, tembok ini penuh dengan gula-gula getah hingga sepanjang 20 meter. Wow, macam mana la agaknya jika kita rakyat Malaysia melakukan aksi ini di bangunan sekitar jalan Tunku Abdul Rahman? agak-agak DBKL mai tangkap hampa dak? 





Tidak hanya di California, tembok gula-gula getah juga boleh ditemui di Seattle. Mirip dengan Bubblegum Alley, Market Teater Gum Wall ini juga dipenuhi dengan lapisan tebal gula-gula getah. Tradisi melekat gula-gula getah di Market Teater Gum Wall bermula pada 1993, ketika ada seorang  penduduk yang selaras masuk teater. Sejak saat itu, Market Teater Gum Wall menjadi kunjungan pelancong dengan menampal gula-gula getah.


Ohio juga mempunyai tembok gula-gula getah yang tidak kalah indah dengan Bubblegum Alley dan Market Teater Gum Wall. Tembok tersebut merupakan bahagian luar resotan Maid Rite Sandwich Shop yang terletak di Greenville. Seluruh luaran tembok Maid Rite Sandwich Shop dipenuhi gumpalan gula-gula getah hingga ke tingkap. Meskipun begitu, tempat itu dikatakan menjadi restoran sandwich terlazat di Greenville.


Mungkin selepas ini anda boleh meniru sikap yang agak pelik ini dan menampal sisa chewing gum anda di bangunan tempat tinggal anda? 


Sunday, 14 December 2014

SADIS :: KUCING DISUMBAT DI DALAM BOTOL DIJADIKAN BARANG PERHIASAN.


Terdapat seorang Jepun di New York sedang menjual suatu produk baru; yg dikenali sebagai 'Kucing Bonsai'. Apa yang orang Jepun ini buat ialah memadatkan seekor anak kucing ke dalam balang atau botol yang diperbuat daripada kaca...

Kemudian, dua batang straw akan dimasukkan ke dalam balang itu melalui dua lubang kecil yg ditebuk di atas penutup balang itu. Tujuan dua straw itu ialah satu utk memberi makanan kepada anak kucing itu, dan satu lagi utk mengeluarkan najisnya...

Untuk memastikan anak kucing itu membesar dan mengikut rupa dan saiz balang atau botol itu, dia akan memberi anak kucing itu makan sejenis dadah yang akan menjadikan tulangnya lembut, supaya badannya mudah utk mengikut bentuk dalaman balang itu. Dia hanya akan berhentikan pemberian makanan dadah ini sekiranya anak kucing itu mati...

Adakah penganiayaan dan pengzaliman seperti ini dapat dihentikan? Anak kucing itu pasti tidak boleh bergerak di dalam balang itu, apatah lagi utk membersihkan badannya, dan langsung tak boleh membuat apa-apa. Kalau dia menjerit sekalipun, siapa yang akan mendengar jeritan batinnya di dalam balang itu???

Barangan yang zalim seperti ini telah dipasarkan secara meluas di serata New York, Indonesia dan New Zealand...

Apa yang lebih menyedihkannya ialah, dia menganiaya haiwan yang tidak dapat mempertahankan diri mereka. Padahal masih banyak lagi objek lain yang boleh dikormesialkan... Bukan menzalimi benda hidup seperti anak-anak kucing itu !!!

Kami benar-benar mengharap penganiayaan seperti ini dapat dihentikan secepat mungkin. Jika 'kucing bonsai' seperti ini menjadi trend baru dan setiap orang ingin membelinya, tiada apa lagi yang dapat kami katakan lagi jika unsur-unsur kemanusiaan sudah hilang dalam sanubari manusia itu sendiri...

SUMBER : http://sehinggit.blogspot.com



Saturday, 13 December 2014

Hukuman Serta Merta Bagi Wanita Berseluar Ketat Di ACHEH !!!

Sekumpulan penduduk yang bergabung dalam pertubuhan Tadzikiratul Ummah Amar Maruf Nahi Mungkar melakukan serbuan seluar ketat di Aceh Utara. Serbuan itu menyasar para perempuan yang memakai seluar ketat...

Siapa saja yang kelihatan memakai seluar ketat, akan terus disembur menggunakan spray cat pada bahagian seluarnya. Kumpulan penduduk tersebut juga meletakan papan tanda bertuliskan "Sosialisasi Pakaian Islami"...

Serbuan itu mendapat perhatian dari ramai orang kerana dilakukan tanpa izin dari kerajaan dan memberikan hukuman terus di tempat...







SUMBER : nakbebel.com


Cubaan Penipu Menjual iPHONE 6 Dengan Harga RM700 ,Tetapi Mangsa Jauh Lebih Bijak...JOM Lihat Apa Yang Terjadi !!!






















Status Terakhir Gadis Remaja Kacukan Melayu Campur Inggeris Yang Meruntun Hati !!!




Penulis terlihat namanya itu di dalam salah satu blog…mungkin ia gadis berdarah campuran..

Terus penulis membuat carian di Google. Rupanya ada kisah tragis yang berlaku di sebalik gadis berusia 17 tahun ini.

Apabila pertama kali membaca kisah mengenainya, hati berdebar-debar dan mata mula bergenang. Kesian sungguh!

Berdarah kacukan Inggeris dan Melayu, Yasmin Hunwik atau nama sebenarnya Yasmin Johan Eusoffe telah kembali ke Rahmatullah sejak 3 Jun lalu dan kebetulan pada hari ini genaplah pemergiaannya yang ke 100 hari.

Al-Fatihah buat Yasmin.

Beberapa minggu sebelum meninggal dunia, arwah Yasmin seolah-olah sudah mendapat tahu yang dia akan kembali ke Rahmatullah buat selama-lamanya.

Kebiasaanya kita sebagai orang yang berada di sekeliling tidak akan perasan mengenai apa yang berlaku, selepas seseorang itu tiada di muka Bumi ini, barulah kita tersedar. Itulah kuasa Allah.

Antaranya perkara yang berlaku adalah, arwah Yasmin telah memuat naik gambar buku bertajuk ‘Beginikah Rasanya 7 Malam Pertama Di Alam Kubur’ melalui Instagram...

Selain itu, melalui Twitternya pula dia menulis takut untuk tidur kerana sering bermimpi buruk...

Dia adalah pemilik dan penulis blog www.misschronicz.blogspot.com, berlinangan air mata admin setelah membaca blog beliau.

Walaupun namanya tidaklah sepopular Hanis Zalikha namun dia pernah menjadi ‘trending’ topik di Twitter.

Melihat daripada keadaan itu, ibu Yasmin melalui laman web Facebook telah menyampaikan pesanan ini:

“Salam semua di fb, di saat ini saya dan Johan (bapa kepada Yasmin) tak dapat tidur mengenangkan permergian anak kami, Yasmin Johan ke rahmatullah pada jam 11.50 malam @ 3hb June 2012.

Saya ucapkan ribuan terima kasih pada semua yg memberi ucapan takziah melalui fb dan mesej2 lain.

Yasmin seorang anak yang baik, bijak, sopan santun dan amat cantik dimata kami dan seorang yg berakhlak tinggi.

We will miss her dearly but we will never miss her in our prayers. We still remember her childhood, school days and as a daughter she made us proud.

Semoga roh beliau berada disisi orang yg beriman.”

Mengimbas kembali kejadiaan yang telah menimpa Yasmin, ia berlaku sekitar 12 tengah malam di mana dia bersama dua lagi rakannya maut di tempat kejadian semasa hendak membuat pusingan ‘U’ di Padang Gaung, Langkawi...

Mereka telah dirempuh oleh van pelancong yang datang dari arah Ulu Melaka. Ketika itu, mereka tidak memakai topi keledar malah menunggang motosikal tiga orang sekali gus...

Hari ini, ibunya telah menulis di blog yang arwah telah mendapat markah tertinggi dalam ujian piano gred 4. Ibunya turut memberitahu yang mereka sekeluarga amat merinduinya.

Malah, arwah Yasmin sangat berbakat dan comel. Dia disenangi oleh semua guru dan rakan-rakan.

Oleh kerana itu, sehingga saat ini tidak hairanlah masih ada guru dan rakannya yang sering bermimpi mengenai arwah.

Bagi yang mahu mengetahui lebih lanjut mengenai Yasmin, anda boleh ke blog miliknya itu.

Takziah penulis ucapakan kepada keluarga arwah Yasmin. Semoga roh Yasmin dan rakannya berada disisi orang yang beriman. Insya’Allah....



SUMBER : http://otakkambingrebus.blogspot.com/


loading...
loading...